Semalam, kami membotakkan Adam. Rimas dengan rambutnya yang sudah panjang. Tidak tahulah samada Adam atau Ummunya yang rimas. Ini gambar Adam minggu lalu, sebelum dibotakkan.
[Klik pada gambar]
Ini videonya:
Gambar si botak belum ada, nantilah!
Aku kurang sihat, perlukan rehat selama beberapa hari. Kalian pergilah baca blog lain.
Jangan lupa datang lagi.
Wassalam.
Powered by ScribeFire.
Difailkan dalam: Lain-lain | 10 Komen »
Ini cerita tentang seorang menteri yang dipertangggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal pelajaran budak-budak sekolah di negeri Malaya. Dulunya tugas menjaga hal ehwal pelajaran budak-budak ini disatukan dengan hal ehwal menjaga perihal budak besar di universiti. Tapi entah ilham dari mana yang diterima oleh Imam Hadhari, maka dua tugas itu diasingkan.
Maka berkatalah si menteri pelajaran tadi [...]
Tok Mudin berfalsafah di blog Cik Kema:
Masalah adalah hidup. Hidup adalah masalah.
Orang mati pun ada masalah, masalah untuk menjawab persoalan yang Maha Benar di akhirat. Tapi orang mati sudah tidak ada upaya untuk menangani masalah itu.
Untungnya kita yang masih hidup, kita ada pilihan untuk menangani masalah di depan kita.
Dan yang lebih untung bagi kita [...]
Hari ini Jumaat, mari dengar apa kata Tok Guru.
[Video dari blog Jiwo Kelate, terima kasih!]
Jika kamu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ribut dalam pinggan ini, Malaysia Today ada ceritanya.
Bacaan lain yang menarik:
Antara Ijok, Telefon Bimbit Dan Perjuangan
American Martyr
Powered by ScribeFire.
Difailkan dalam: Kelantan, Nik Aziz, PAS, Politik | 3 Komen »
Tahun ini menyaksikan berlakunya 2 pilihanraya kecil (PRK) dan satu lagi bakal berlangsung tidak lama lagi.
Ketiga-tiganya adalah kerana kematian wakil rakyat BN. Dan kebetulan pula, Batu Talam adalah kerusi PAS, Machap-DAP dan Ijok-PKR.
Apabila PAS membuat keputusan untuk memboikot Batu Talam, aku agak skeptikal. Pada mulanya menganggap ia hanya gimik. Tapi PAS mengotakan apa yang dikata. [...]
Untuk tiga hari berturut-turut, aku tidak ada apa untuk ditulis. Ada idea, tapi malas. Pergilah ke blog-blog dibawah:
Tulisan Sheih ini wajib dibaca oleh semua yang bersimpati dengan perjuangan PAS, khususnya PAS Kelantan.
Dan aku suka email-email Sheih kepada Kang Chai Kee. Bacalah kalau kamu belum baca. Nanti aku pun nak tulis email juga. Bukan, bukan kepada [...]