Rinduku…

hari ni… aku nak mulakan blog aku ni dengan mem’post’kan beberapa karya aku sebelum ni…

sajak Rinduku… ini aku dedikasikan khas kepada sahabat2 bekas exco IU 2001/2002 yang sama2 bernaung dibawah kepimpinan aku dua tahun lepas…

Rinduku….

Rinduku…
pada suasana yang mengikat aku,
dalam suatu lingkungan,
yang membezakan antara haq dan batil.

Rinduku…
pada suasana kesibukan,
sehingga tidak terfikir bagiku,
utk.mencari keseronokan semata.

Rinduku…
pada sahabat yang bersama,
berpesan pada kebenaran,
berpesan dengan kesabaran,

Rinduku…
pada sahabat yang serba kekurangan,
tapi tidak takut dan gentar,
utk. memperbaiki diri dan masyarakat.

Luka hatiku…
melihat ikatan hampir terlerai,
batasan halal dan haram,
sudah semakin ditinggalkan.

Luka hatiku…
melihat nikmat kelapangan,
menjadi punca kealpaan,
menjauhkan kita dari Nya.

Luka hatiku…
melihat sahabat yang dulu serba kekurangan,
kini menjadikan ilmu didada,
hanya sebagai hiasan dibibir.

Luka hatiku…
melihat sahabat yang semakin angkuh,
mendabik dada,
melanggar perintah Tuhan.

Sahabatku…
marilah kembali bersama,
mengubat rinduku,
membalut lukaku…

Cyberjaya.
30 Jun 2003

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: