BENCILAH AKU…

hari ini adalah hari yang kurang produktif utk. aku…
satu kerja pun tak siap…xm dah semakin dekat…
unexpected things happened at the unexpected times…

anyway… sajak ini yang ku tulis minggu lepas… aku dedikasikan kepada sahabat2 yang bersama2 dlm perjuangan Islam.

BENCILAH AKU…

I

Sahabat…bencilah aku,
kiranya aku seorang pendusta,
punca persengketaan,
fitnah kepada perjuangan.

Bencilah aku,
kiranya sifatku persis si munafik,
lagakku persis si fasik,
dan angkuhku persis si kafir musyrik.

Sahabat…bencilah aku,
kiranya aku memang layak dibenci,
pada pandangan Tuhan Rabbul Izzati,
namun,
jangan sekali-kali kau nyalakan api kebencian,
yang bahan bakarnya adalah hawa nafsumu,
pencetusnya adalah syaitan durjana,
kerna tidak sekali-kali layak bagi kita,
membenci sesama orang2 beriman,

Sahabat…bencilah aku,
kerna tidak kuhiraukan,
kebencian manusia,
kiranya kebencian itu,
membawa kasihMU padaku, Ya Rahim.

Sahabat…bencilah aku,
ku alu-alukan kebencian manusia,
kiranya kebencian itu,
membawa redhaMU padaku, Ya Allah.

II

Ya Allah, yang ku harapkan hanyalah kasihMu,
serta kasih sahabat yang mengasihiMu,
dan tidak kuharapkan,
kasih yang hanya berlandaskan nafsu,
kecintaan hanya pada dunia semata.

Sahabat…namun kuharap dikau mengerti,
aku hanya mohon yang terbaik untukmu,
kerana kau dan aku,
telah bersama bersaksikan Tuhan yang Satu.

Ya Allah ku berdoa padaMu,
agar Kau ampuni dosa-dosaku,
dan jangan sekali-kali Kau tinggalkanku,
tanpa cahaya petunjuk, penerang jiwaku.

Ya Allah, ketemukanlah daku,
dengan sahabat sejati,
yang bersama meneruskan perjuangan hidup,
hanya keranaMu, Tuhan yang Agung.

Sahabat, seandainya dikau sedar,
aku menuju ke lorong kebencian Tuhan,
bimbinglah aku kembali,
Dan seandainya dikau sedar,
aku menuju ke jalan keredhaan Tuhan,
Pujilah Allah, seikhlas hatimu.

Ya Allah, kurniakanlah kami,
kejayaan di dunia dan di akhirat,
Dan jauhilah diri kami,
Dari kotoran hidup yang menghinakan,
Dari azab akhirat yang membinasakan.

Ya Allah, sekiranya Kau metakdirkan,
kebencian sahabat kerana kasihMu padaku,
Aku redha dan syukur,
Kerna, tiada cahaya yang lebih gemilang,
Dari Nur KasihMu, Yang Maha Pengasih.

Wahai Tuhanku, ku tak layak ke SyurgaMu,
Namun, tidak sekali-kali kuinginkan NerakaMu,
Aku hanyalah hambaMu,
Yang sering alpa dan leka,
Dari itu kupohon,
Bimbinglah jiwaku, hatiku, rohku, jasadku,
dan segalanya yang Kau pinjamkan kepadaku.

Sahabat…kasihilah aku,
Hanya kerana Allah,
Tuhan Yang Maha Besar,
Yang Maha Hidup,
Dan Yang Maha Berdiri Sendiri…

Ameen…

Cyberjaya.
7 Ogos 2003

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: