Undang2 Tertinggi di Malaysia : Common Law England

Alhamdulillah. Hari ni… abes satu daripada 3 paper xm aku. Java Technology. Caner??? ok la… boleh la jawab… tak cukup masa jek… masa tinggal 10 minit jek lagi… baru nak start jawab soalan ke-4. Next paper aku… Power Electronics, 25 Sept. Isnin depan… so… malas nak studi lagi… rehat jap ari ni 🙂

Sempena bulan Kemerdekaan ni… aku nak share sumthing yang aku rasa, kita semua sebagai anak Malaysia yang berjiwa patriotik perlu tahu tentang negara kita. Apakah undang2 yang menjadi sumber rujukan tertinggi di Malaysia sebenarnya?

“Perlembagaan Malaysia digubal oleh Suruhanjaya Reid tanpa mengambil kira undang-undang Islam. Sebagai contoh, Undang-Undang Sivil 1956(semakan 1972) adalah berasaskan undang-undang Inggeris. Dalam perkara 3(1)(a),(b),(c), 4 dan 5 dinyatakan, “Terkecuali peruntukan lain yang telah dibuat atau mungkin dibuat kemudian oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia, maka mahkamah hendaklah: Di Malaysia Barat atau dimana-mana bahagiannya memakai Common Law England dan kaedah-kaedah ekuiti berserta sebagaimana yang ditadbirkan di England pada 17hb. April, 1956. ….”

Inilah dia Perlembagaan Persekutuan yang tertinggi di Malaysia… yang mengambil Undang-undang Inggeris yang tidak langsung merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah dan sebarang undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang penjajah ini dianggp batal dan tidak sah. Perkara 4(1) Perlembagaan Malaysia :

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang lain yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”

Fikir-fikirkan dan renungi dengan minda dan hati yang terbuka…. MERDEKAKAH KITA????

Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: