Cyberjaya – Baling – Cyberjaya

Ada yang bertanya…kenapa blog aku dah lama tak diupdate?

Selesai sahaja paper terakhir aku khamis lepas, aku terus bergegas ke Universiti Malaya, dan malamnya bertolak ke Baling untuk mengikuti satu program khidmat masyarakat bersama masyarakat Baling.

Seribu satu pengalaman yang menginsafkan dapat kutimba sepanjang mengikuti program ini. Baling, suatu nama yang tidak asing bagi masyarakat Malaysia kerana sejarahnya yang tersendiri adalah sinonim dengan kemiskinan.

Menjelang subuh Jumaat, delegasi kami tiba di bumi Baling dan disambut oleh Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzamudden dirumahnya. Kami solat subuh dengan diimamkan oleh ustaz pagi itu. Ahli parlimen PAS ini banyak keistimewaannya, tetapi aku tidak becadang utk. melakarkannya disini kali ini…mungkin lain kali.

Program kami bermula dengan ziarah disekitar pekan Baling, melihat usaha2 pembangunan yang dibuat oleh YB Ustaz dibawah penyelarasan Pusat Khidmat Ahli Parlimen (PUSKAP) Baling yang ditubuhkan oleh beliau. Perlu dinyatakan disini, segala usaha pembangunan yang dibuat di Baling ini, selama hampir 4 tahun sudah memakan belanja lebih setngah juta… tidak sedikit pun menggunakan wang peruntukan ahli Parlimen kerana satu sen pun duit itu tidak pernah sampai kepada yang sepatutnya.

Lain2 program, kami membantu membina 2 biji rumah untuk penduduk kampung, menghantar sumbangan barang2 dan zakat kepada beberapa penduduk yang kami pilih berdasarkan profil mereka. Sepanjang ziarah ini, banyak memberi keinsafan kepada peserta program, melihat kesengsaraan penduduk2 Baling yang sememangnya tidak pernah tergambar akak kedhaifan mereka sebegitu sekali… disangka kita sudah susah…rupanya ramai lagi orang yang lebih susah dari kita… bersyukurkah kita??? mm…ringkasnya…. sesiapa yang mahu melihat Malaysia sebelum merdeka… sila-silalah ke Baling.

Delegasi kami bertolak meninggalkan Baling pada petang 31 Ogos, singgah sekejap di sempadan Malaysia-Thailand, Betong dan sampai di KL lebih kurang pukul 1 pagi 1 September. Kini…. aku berada di Cyberjaya, dimana dalam keadaan poketku kering, masih boleh menikmati nasi goreng kebab, berada dibawah cahaya lampu elektrik dan masih menikmati kemudahan Internet ini…bagaimana harus ku syukuri nikmat2 ini???

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: