Noor’s wedding

Aku menghilang lagi… kali ini balik kampung utk. menghadiri majlis perkahwinan kakakku Noor. Satu majlis yang mempunyai ceritanya yang tersendiri.
Aku bertolak dari Cyberjaya pada pagi 4/9, menjemput adikku Siti di UIA PJ dan sampai dirumah tepat pukul 3.30 petang. Akad nikah akan diadakan pada malamnya.

Sampai dirumah, kudapati dah lebih sehari bekalan air tergendala, dan pada malamnya, dalam kesibukan membuat persiapan utk. majlis yang akan berlangsung pada bila2 masa sahaja lagi, bekalan elektrik pula terputus. Bayangkan kesukaran yang dialami tanpa dua keperluan asas itu? Nasib baik ada generator Tok Wan, maka berlangsunglah majlis pada malam itu dibawah cahaya lampu generator yang sekejap terang sekejap tidak.

Menjelang kenduri pada 6/9, tiga jejaka hensem, Ise, Ehsan dan Ekram sampai dari Penang. Maka merasalah mereka memarut kelapa, mengangkat periuk dan lain-lain. Cerita kenduri ini tidak berakhir dengan ketiadaan air dan elektrik sahaja. Pagi 6/9, lembu yang telah dibeli dan akan disembelih, didapati melahirkan anak. Macam tahu2 jek nak kena sembelih. Terpaksa abah pergi mencari lembu lain utk. disembelih. Anyway, majlis itu akhirnya berjalan dengan baik. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya, semoga Noor & Jukie bahagia selama-lamanya, dunia dan akhirat.

Lepas ni akulah pulak kawin……………..hehehe 😀

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: