Rindu yang keliru

Datangnya ku sambut,
Dengan hati yg berbelah bagi,
Hingga keliru dlm titisan mutiara mata yg hampir menitis,
Penuh rasa resah gelisah, syukur dan bahagia
Keliru antara kata asakan naluri atau congakan logik fikiran
Berpadu dlm dimensi mental dan emosi
Menghimpit antara realiti akal dan mimpi hati.

Realitinya hadir bulan seribu rahmat,
Tak tergambar dek perkataan
Sunyi malam penuh erti
Sejuk bayu mengundang ketenangan
Panas siang atau mendung awan seolah2 melayangkan rasa dan diri
Pada Dia yg dirindui

Namun ibadah 11 bulan,
Belum tertampung menyambut kedatanganya,
Dan pd siang dan malam yg berlalu
Terasa cepat sungguh masa berlari
Sedang sibuk diri masih belum sempat ditangani
Dan, dalam impian hati yg jauh
Masih mengharap bertemu malam 1000 bulan
Walau terasa bagaikan sukar menggapainya…

Namun,
Perginyer ku tangisi
Hingga hilangnya amat ku rindui
Walau pengakhirannya menjadi sorakan jelata
Masih hatiku berlagu sepi
Kerana kasih belum sempat dimeterai
Dan rindu yg belum padam ini
Terus menanti lagi…

kite

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: