WELCOME 2004

Perutusan Tahun Baru 2004

Thursday, January 01 @ 01:00:00 MYT

Oleh Menteri Besar Kelantan
Dalam semangat tahun baru, suka saya berseru seluruh rakyat Malaysia sama ada Islam atau non-Islam mengambil dayausaha yang lebih gigih untuk mendalami, memahami dan menjiwai agama Islam yang sebenar.

Islam yang sebenar yang saya maksudkan ialah Islam yang telah dijamin boleh membawa rahmat untuk sekelian alam (Wama Arsalna Kailla Rahmatan Lil a’lamin).

Allahlah yang menciptakan alam ini dan Dialah jua yang berhak untuk membuat undang-undang bagi keselamatan seluruh umat manusia dari dunia sampai ke akhirat. Undang-undang inilah juga yang akan berada di ‘meja Allah S.W.T’ untuk mengadili seluruh amal perbuatan kita di akhirat kelak.

Di sana nanti undang-undang lain tidak akan digunapaki. Di sinilah mustahaknya kita lakukan penyelarasan undang-undang supaya sentiasa selari dengan undang-undang Allah SWT sejak di dunia lagi.

Masyarakat manusia yang sangat majmuk baik di mana-mana memelukan sebuah undang-undang yang universal. Undang-undang Islam yang diturunkan oleh Allah amat mustahak digunakan kerana ia tidak berpihak kepada mana-mana bangsa.

Saya cukup gembira mendengar keputusan kerajaan untuk mengkaji semula fungsi PDRM dengan melantik sebuah Suruhanjaya. Langkah ini boleh mengmebalikan keyakinan rakyat dan memulihkan imej polis sebagai pengawal undang-undang dan bukan pengawal kepada kepentingan mana-mana individu atau parti-parti politik tertentu yang boleh mengkhianati demokrasi.

Selamat Tahun Baru 2004 Wassalam.

Pejabat Menteri Besar Kota Bharu.
Bertarikh : 7 Zulkaedah 1424
31 Disember 2003

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: