Komentar: Kemajuan Barat dan Islam?

Aku mula menulis kembali di blog ini. Tetapi tidak seperti semasa bergelar seorang pelajar… bila2 masa sahaja aku boleh spend masa aku untuk buat apa2 yang aku suka. Ada kelas… tanak pergi kelas pun taper…

Tapi sekarang, kengkadang jek dapat curi masa dari pukul 9-5 untuk update blog ni…Biasanya… aku akan menaip apa yang aku ingin taip pada waktu malam selepas kerja di rumah. Tetapi memandangkan kat rumah aku tak ade internet, so… keesokan paginya (aku selalu sampai awal di office, sebelum staff2 lain sampai) barulah aku update ape yang ku taip di blog ini. Dan Insya Allah, inilah yang akan menjadi rutin bagi aku, di hari2 seterusnya.

Hari ini (6 Jan), rutin aku macam biase jek…bangun pagi…pergi office (jalan agak jem berbanding biasa sehari dua ni sebab bebudak dah kembali ke sekolah)…check kerja2 yang tertangguh… buat kerja .. sekali sekala curi2 chating…bla bla bla…


Sambungan komentar saya tentang perbandingan kemajuan Barat dan Islam:

Dr. Said Ramadhan al-Buty didalam bukunya yang masyhur, ‘Fiqh Sirah’ ada menyebut tentang permulaan bagaimana penulisan sejarah Islam mula diselewengkan atas nama penulisan ilmiah. Menurut beliau (tulisan dibawah adalah menggunakan ayat saya sendiri, oleh itu sebarang kesilapan adalah kerana kesilapan pemahaman saya) :

Pada suatu ketika dimana Mesir khususnya al-Azhar, menjadi mimbar kepada seluruh dunia Islam, dimana segala urusan dunia islam dirujuk kepada Mesir, Barat mula mencari jalan untuk melumpuhkan fungsi Mesir ini untuk melebarkan pengaruh mereka. Salah satu kaedah yang digunakan oleh Barat ialah dengan menguasai Institusi al-Azhar itu sendiri iaitu dengan meletakkan ‘orang2’ mereka didalam institusi tersebut. Tokoh2 ulama Mesir yang dirasakan boleh dipergunakan oleh mereka ditonjolkan untuk menjadi orang yang berpengaruh di al-Azhar untuk memudahkan mereka meminda kurikulum yang sudah lama diajar di universiti tersebut secara tidak langsung.

Menyedari bukanlah suatu yang mudah untuk mempengaruhi orang Islam, Barat telah mengkaji kelemahan umat Islam dan mempergunakannya untuk memesongkan ajaran Islam secara halus. Kelemahan umat Islam yang dipergunakan oleh golongan Barat, ialah perasaan lemah mereka terhadap kehebatan dan kemajuan sains dan teknologi Barat.

Barat mengajar orang2 Islam bahawa, kemajuan yang dicapai oleh mereka ini tidak akan dicapai selagi mana urusan dunia tidak dipisahkan dengan agama. Bagi mereka, tidak ada cara lain bagi orang2 Islam untuk mencapai kemajuan melainkan mengikut jejak langkah mereka memisahkan urusan pentadbiran dunia dengan agama.

Barat mula mengajar bahawa segala ajaran yang tidak selari dengan sains perlulah diketepikan dengan sama sekali, dan ini termasuklah dengan ajaran2 Islam berkaitan perkara2 ghaib dan akhirat. Sedangkan kepercayaan kepada perkara ghaib itu adalah merupakan salah satu asas keimanan kita:

“Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka” (al-Baqarah,2:3)

Maka mulalah ajaran2 Islam ditulis semula mengikut kehendak Barat, sejarah2 Islam mula diselewengkan supaya selari dengan kehendak mereka atas apa yang dinamakan sebagai pengkajian ilmiah oleh ulama2 palsu dan penulis2 upahan.

Disini, saya hanya ingin menegaskan bahawa perasaan lemah, rendah diri dan ketinggalan oleh kita umat2 Islam terhadap kemajuan sains dan teknologi Barat itulah yang telah dipergunakan sebagai alat oleh mereka untuk meracuni pemikiran kita sehingga kita mula meninggalkan ajaran agama kita secara sedar atau tidak.
Wallahua’lam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: