Warkah buat rakyat Terengganu dan Kelantan..

Saudaraku.
Hidup aku di sini tak seindah seperti yang digubah
Umpama lukisan seorang lelaki miskin yang dilukis oleh seorang pelukis terkenal
Ia terlalu indah untuk dipandang tetapi lelaki itu terlalu miskin dalam kehidupan
Hidupnya merempat di kaki jalan, mencari makan di belakang restoran dan longkang- longkang mengharapkan ada sisa yang dibuang.
Begitulah aku di sini.bumi yang dikatakan bertuah
Kekayaan dan pembangunan yang melimpah

Saudaraku di bumi yang disinari syiar Islam.

Di sebalik rumah batu ku, kereta Perdana, dan sofa empuk ini
Aku dan orang-orang di sini masih lagi rasa kekurangan
Bukan kemewahan harta yang kami mahukan
Atau pusat hiburan yang menyakitkan
Apatah lagi kemaksiatan yang bermaharajalela
Tetapi kami rindukan syiar Islam berbunga
Ada kalimah agung yang disebut-sebut di Dataran Shah Alam
Atau Pentas 2 Plaza Alam Sentral
Paling tidak Tasik Shah Alam seceria dulu dengan himpunan manusia mendengar
ceramah agama para Ustaz dan Ulama’

Tapi Saudaraku di bumi bertuah.

Dataran Shah Alam tempat aku ini menjadi tempat berpeleseran muda mudi di
waktu matahari melabuhkan tirainya
Pentas 2 Plaza Alam Sentral jadi tumpuan kerana Senario dan hiburan dunia
Tasik Shah Alam tempat romantik pasangan memadu rindu dan cinta
Kami kehausan.
Dahagakan biah solehah yang entah bila kan menjelma

Saudaraku

Apa yang kalian mahukan.
Adakah bangunan setinggi KLCC terpacak di Kota Bharu
Atau pusat membeli belah mewah seperti SOGO gah di Kuala Terengganu
Atau engkau berkehendakan hiburan nyanyian dan tarian setiap malam..
Siti Nurhaliza dan Misha Omar sudi ke sana menjamu suara dan tubuh
Biar meriah Kota Bharu hingga ke subuh

Saudaraku.

Cukuplah dengan apa yang ada
Hidup zuhud yang tidak pernah rugi di sisiNya
Tidak pernah habis kekayaan jiwa
Tidak pernah kering kebahgiaan hati
Dengan kehidupan Islam yang sangat indah
Umpama Kota Mekah dan Madinah zaman Nubuwwah
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Qhafur
Menangis aku kerana kekalahan ini.
Menangisi Islam yang sekian lama gersang di bumi ku
Sampai bila harus kami begini
Menanti sinar secerah Mekah dan Madinah
Bertuahnya engkau di bumi sana
Ada sinar yang sudi menjenguk.
Tapi sayang, ada lagi insan yang tidak tahu bersyukur atas nikmat yang
paling besar iaitu
nikmat Iman dan Islam..

Norashikin Hashim
Shah Alam, Selangor.
–>source : harakahdaily@yahoogroups.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: