Busy Weekend

aDinDa Walimatul Urus

Sabtu (30/04/05) : Jalan Bahagia, Berlian Habib & Book Fair

Aku turun awal dari rumah, banyak agenda yang dirancang untuk hari ini. Task no. 1 yang perlu disettlekan – mencari kediaman utk. bakal keluarga baru. Rancangan asal utk. menyewa di Kg Dato Abu Bakar Baginda terpaksa diketepikan kerana kondisi suasana yang kurang sesuai… tempat kedua yang terbayang dikepala ku adalah Teras Jernang. Kampung yang ku kenali sejak tahun 1999. Hati kecil mendesak aku ke Jalan Rahmat, namun sebelum sampai ke simpang masuk jalan itu, terpandang iklan sewa rumah, terus call, kat Jalan Bahagia rumahnya… tup tup… bakal isteriku jatuh cinta dengan rumah itu. Nak tahu kenapa? kena lah datang ke rumah nanti yer? 😀

Rumah sudah dipilih, Alamanda destinasi kedua. Dapat apa yang dicari disitu… terus ke Ampang Point, mencari emas terjumpa berlian. 😀 Thanks to Habib.

Maka WMK8507 pun dipandu menghala ke PWTC. KL International Book Fair. Actually, budget aku utk. benda2 lain memang kecik bulan ni… hampir 100% budget aku reserve utk. kawin bulan depan, tapi pergi jugak ler… dapat lah 3 bijik buku. Tak dapatla nak spent RM 600 lebih cam orang tu, kan Kak Hany kan? :D. Tapi kan… hmm.. musykil… musykil… nape Nufayl minat betul kat makcik Walida dia erk? 😀

Ahad (01/05/05) : Pindah

Kereta diisi dengan baju2, bantal, selimut, buku-buku… bergeraklah aku ke Jalan Bahagia… tinggal sendirian utk. tempoh sebulan :D. Meninggalkan Streamyx ku di Pandan Indah… uhu… sangaplah aku bulan ni… bulan depan taperler tadek Streamyx pung… ISTERI dah ada 😀

Pagi… basuh rumah… petang keluar carik perabot… banyak kedai tutup… tak leh buat pilihan. Postpone beli minggu depan. Maknanya… tak leh rehat lagilah minggu depan. Kad2 jemputan masih banyak yang belum dihantar. Huhu.

Malam, join usrah kat Teras Jernang… balik… tido.

Isnin (02/05/05) : Pangsun & Sale

Bangun pagi isnin… masih lagi bercuti. Hari ni aku jadik pak supir kepada tunangku dan kawan2 nyer yang nak berkelah di Pangsun – ber’BBQ’ – sempena meraikan salah seorang dr mereka yang akan berpindah ke Miri. Diorang berseronok… aku buat hal sendirik jek… baring… baca buku. Berlambak lagi buku2 kat rumah yang tak terbaca.

Macam kata Abg Hairul, bila nak beli buku baru tue.. rase cam bersalah dengan buku2 yang habis baca ‘Prakata’ jek kat rumah :D.

Baliknyer… ikut jalan Balakong… tengok banyak pulak kedai perabot. Ada ‘Sale’ plak tue… last day pulak tue.. :D. Maka melayanglah a few thousands beli perabot. To spend money is really easy rite? Tapi tak per la.. biasala.. nak naik rumah baru.. nak itu nak ini… 🙂

(sekarang tak leh nak update blog kat rumah dah… taip kat rumah… pagi2 paste jek dr. notepad ke blogger ni :D)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: