Ayah Su

Rabu, 11 Mei 2005, genap seminggu pemergian Ayah Su dr alam dunia, menuju ke alam yang bakal kita semua tempuhi apabila sampai masanya. Berita pemergiannya yang kuterima dr kakakku Noor tidaklah begitu memeranjatkan kerana Ayah Su sebenarnya sudah hampir setahun menderita sakit diakibatkan kanser.

Lepas maghrib hari itu juga -aku, Noor, Abe Kie (abg iparku), Azim (anak buahku, 8 bulan) dan Along ( anak sulung Ayah Su)-, bergegas balik ke kampung. Urusan pengebumian disempurnakan pada keesokan harinya.

Beliau pergi pada umur 46 tahun, meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak, yang sulung sedang belajar di UIA dan yang bongsu berumur 10 tahun. Itulah arwah Ayah Su. Semoga beliau ditempatkan di sebaik2 tempat kembali. ALFATIHAH!

Kembali bekerja… banyaknya kerja tertangguh… argh!!! Urusan walimah bulan depan masih ada yang belum selesai.. harapnya dapat di settlekan sebelum minggu depan. Insya Allah.

JOM TENGOK APA ORANG KATA!!!

“Kita mestilah memajukan Negara atau bangsa menurut keadilan berdasarkan konsep atau prinsip wasatiah itu, iaitu konsep pembangunan ummah berdasarkan keseimbangan atau pembangunan pertengahan atau sederhana antara pembangunan materialistic atau fizikal dengan pembangunan manusia, antara pembangunan Negara dengan pembangunan bangsa. Negara boleh menjadi maju tetapi tidak semestinya bangsa atau penduduknya turut maju, tidak sahaja dari segi keadaan ekonominya tetapi lebih penting lagi dari segi kemajuan moral dan adabnya.” – Ku Li

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: