Aku seorang suami – Part I

Bismillahiwalhamdulillah.

Assalamualaikum wbt.

Setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian dipanjatkan kepada Allah yang Maha Esa, atas segala-galanya, kerana tiada yang ada melainkan dari Nya. Bahkan yang tiada pun dari Nya.

Pasangan suami isteri Najmuddin & Walida telah selamat diijabkabulkan pada pagi (lebih kurang 10.45 am) 25 Rabiulakhir 1426H bersamaan 3 Jun 2005 di Masjid Mukim Sokor, Kok Lanas, Kota Bharu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Berkatilah hidup kami dan satukanlah kami berdua dalam kebaikan.


“aku terima akan nikahnya…” (sekali lafaz saje.. ehehe :P) Posted by Hello

Aishah R.A berkata:
Ketika Nabi SAW mengahwini saya, ibu saya datang kepada saya, lalu membawa saya masuk ke dalam rumah yang pada saat itu dipenuhi oleh perempuan-perempuan ansar. Mereka berkata kepada saya: Semoga berada didalam keadaan yang baik dan diberkati, dan semoga sentiasa ditakdirkan berada di dalam keadaan yang baik/beruntung.
(Riwayat al-Bukhari, 9:441; al-Tirmidhi, 4:213)

Di kesempatan ini, saya dan isteri mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kalian yang sudi memeriahkan majlis kami, yang pagi-pagi lagi sudah sesat mencari Kg Kuali, yang sanggup sewa kereta dari Kuala Terengganu, yang makan langsat dalam teksi, yang bawak hadiah dari sebesar-besar hadiah hinggalah ke Kopi Ginseng Tongkat Ali Luxor :D. Terima kasih juga kepada yang bertolak awal pagi dari Kuala Lumpur mencari Bukit Jering, yang dah give up drive berjam-jam tak jumpa jugak rumah pengantin lelaki.

Tidak lupa juga kepada ingatan dari jauh, yang sudi call dari sejauh-jauh Dubai hinggalah Kuala Lumpur. SMS yang tak henti2… yang hantar kat no 016 tu sorry la… tak terima on time… coverage tak der kat Jeli… 013/019 jek ade 🙂

Pendek kata… terima kasih kepada semua. Doakanlah kebahagiaan kepada kami suami isteri, dunia dan akhirat.

Wassalam.

Najmuddin & Walida,
Jln Bahagia, Teras Jernang
9 Jun 2005.

Advertisements

Satu Respons

  1. […] minit lagi, genaplah 3 tahun kami diijabkabulkan. Terima kasih […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: