Apa yang nak dibualkan?

Asslamualaikum wbt.

Salam pertemuan 🙂

Lama menyepi… menyendiri!. Menyendiri disini bukan bermaksud pergi bertapa tanpa ada Internet connection atau apa… tapi jiwa yang bersendirian. Banyak berbual dan berkata kata kepada diri sendiri. Bila mahu menulis… terfikir… apa yang mahu dibualkan?

Pagi ini, seperti biasa… dalam perjalanan ke tempat kerja, mendengar Era.fm. Topik pagi ini – apa yang dibualkan oleh lelaki apabila berkumpul ? Rata-rata pemanggil atau peng’sms’ yang memberi respons, topiknya ialah – bola, kereta, motor, perempuan!

Huh!!!

Belum ditanya kaum Hawa lagi. Agak-agaknya apa? Shopping, AF, artis, pot pet si anu si anu ?

Huh!!!

Betapa lemahnya intelektual masyarakat Melayu kebanyakan!!! Kalau inilah yang sentiasa kita bualkan dan bicarakan, agak2 nya kemana hala tuju kehidupan kita?

Budaya malas seakan-akan sudah sinonim dengan masyarakat yang melayu ini? Saya bukan bercakap persoalan malas belajar atau malas bekerja. Tapi malas BERFIKIR!!! Sampai bila kita mahu melihat masyarakat kita terus-terusan menjadi bodoh dan diperbodohkan! Seolah-olah hidup ini tiada lain melainkan carik makan, main bola, tengok AF!!! Bangunlah! Banyakkan berfikir… gunakan akal, buatlah sesuatu yang bermanfaat, kepada diri dan masyarakat. Udahlah bicara kosong buang masa, fahami apa itu hidup, apa itu bermasyarakat, mainkan peranan.

Carilah matlamat hidup yang abadi, jawapannya ada pada diri. Fahami agama, fahami politik, fahami sistem sosial, udahlah malas lagi wahai Melayu!

Sesungguhnya saya bukan seorang pejuang Melayu. Cuma saya jelek dengan apa yang kita bualkan sehari-hari. Apa? AF lagi? Mawi? My Vi? Savvy? UDAHLAH!!! Dan saya juga tidak dapat memikirkan penyelesaian kepada permasalahan ini. Kerna itu… saya menyeru, MARILAH BERFIKIR!!!!

Wassalam.

Advertisements

Satu Respons

  1. memang letih kalu nak berckp tentang attitude org Melayu kita,papepun kita kena go on preach them about the reality of life.mereka banyak bercakap dan berfikir tentang hiburan.

    dah berada dalam confort zone yg bukan selesa pun, nak bermewah2 tak kena pd tempatnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: