Jerebu, hujan batu, sheikh ahmad deedat, ustaz fadzil…

Jerebu, hujan batu, sheikh deedat, ustaz fadzil… ape kaitannyer tu?

Jerebu, hujan batu, sheikh deedat, AP ( this stands for Approved Permit and also Ayah Pin), AF & Mawi… itulah hanyalah beberapa isu, tragedi ( i really means tragedi), atau apa2 jer lah… yang memenuhi paparan pelbagai media cetak, elektronik, dan internet… sepanjang blog ini hanya mendiamkan diri 🙂

Oh… jangan lupe!!! Kenaikan minyak kali ke-3 dlm tempoh 5 bulan!!! Huh! Semuanya berlaku… dan sesungguhnya memberikan kesan kepada kehidupan kite… secara langsung atau tidak langsung… immediate or long-term effects! I’m sure about that!

So… dimana coretan aku kali ini ingin dimulakan? Sebenarnya aku tidak mahu mengulas apa-apa, hanya ingin menghidupkan kembali blog yang kesesakan nafas dek jerebu ini. Teruk betul jerebunya… dah seminggu rasa malas nak pergi kerja… kalau boleh tanak kluar rumah langsung! Sesak nafas… kabur pandangan. Keta pung malas nak gerak… petrolnyer mahal daa… naik motor kang jerebu… betapa lemahnya kite sebagai manusia kan? Kalau keduniaan yang kita pilih, sememangnya kita tidak punya apa2 🙂 Kalau kita memilih dunia sebagai tumpangan sementara.. dan bekerja utk. akhirat… maka kita tak kesah sangatlah… mati sebab sesak nafas jerebu pung taperlah… yang tak taperlah nyer… bekalnya belum cukup… kerana kesibukannya telah dilebihkan utk. bekalan dunia semata2… utk. diri dan isteri… bayar hutang. Yer.. hutang, hutang PTPTN.. takkan tak tau. Tau taper b-). Belum sebut hutang kereta, minyak kereta, dan keperluan harian yang lain lagi!!! Maka sibuklah manusia dengan dunianya…. akhirat kemana? Apa nak buat? Maka berkatalah, “biarkanlah mereka dengan dunianya, seperti luncai dengan labu-labunya”.

Sebut pasal mati tadi… maka dunia menyaksikan kematian nama2 besar 2,3 menjak ini… terutamanya dlm dunia Islam.. Raja Fahd, Zainab al-Ghazali, Sheikh Ahmad Hoseen Deedat. Patah tumbuh hilang berganti… tapi yang mengganti takkan sama dengan yang pergi. Itu saya yakin dan pasti! Samalah kerinduan saya terhadap tokoh saya dulu, kini dan selamanya… walaupun tidak pernah mengenalinya secara dekat dan tidak pernah berpeluang utk. itu… beliau yang bernama Ust. Fadzil Mohd Noor adalah tokoh bagi diriku! Semalam nonton VCD nostalgia Us. fadzil… isteri terlelap disisi… air mata menitis.. isteri tak sedar 🙂 Bukan kerana sedih… tapi rindu. Rindu akan kepetahan beliau di Parlimen… di segani kawan dan lawan. Yer, pengganti nyer ada… tapi pengganti tidak sama dengan yang pergi. Tok Guru Nik Aziz menyifatkan permergiannnya sebagai pemergian seseorang yang ‘berkuasa’ / berkemampuan utk. menyampaikan Islam! yer… dengan caranya yang tersendiri… sepertimana Sheikh Deedat dengan caranya yang tersendiri jua. AlFatihah utk. mereka semua 🙂

(baca Fatihah dulu…)

celoteh punya celoteh… pokoknya hanya satu… “pokoknya, KIAMAT SUDAH DEKAT!!!!” (meminjam kata2 Haji Romli dari filem KIAMAT SUDAH DEKAT)

Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: