Pengangkutan awam bukan penyelesaiannya.

1. Ada orang yang kerjanya bukan setakat pergi office, 9-5, balik rumah. Ada orang yang kerjanya kena bergerak sentiasa, ke hulu ke hilir. Praktikal ker nak naik pengangkutan awam? Motorsikal, walaupun lebih menjimatkan berbanding kereta, tinggi risikonya, terutama untuk jarak yang jauh.

2. Setakat mana sangat sistem pengangkutan awam boleh dibangunkan? Sudah pasti banyak jugak area-area yang tidak akan mendapat kemudahan LRT, atau sekurang-kurangnya bas yang kerap.

3. Kongsi kereta? Ramai mana rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan yang sama, kerja di kawasan yang sama? Tak praktikal langsung!

Ok, aku boleh terima kenaikan harga minyak tidak boleh dibendung, globally affected. Tapi kenapa bebankan rakyat dengan cukai-cukai; GST?, cukai jalan, tol-tol. Harga kereta yang tersangat mahal berbanding nilai sebenar, ingat AP?

Lagi, kenapa bebankan rakyat dengan pinjaman pendidikan. PTPTN? Ok, aku boleh terima, ia adalah pinjaman, kena bayar balik, tapi kenapa perlu interest 3% setahun?

Kenapa bebankan rakyat dengan projek-projek mega yang kecil manfaatnya kepada rakyat, itupun kalau ada. Jambatan-jambatan yang tersergam indah di Putrajaya tu, berapa peratus rakyat Malaysia yang dapat manfaatnya, sekali lagi kalaulah ada manfaatnya! Berapa banyak kampung-kampung, di seluruh Malaysia, yang lebih memerlukan jambatan – kecil pun tak apa lah, asal boleh digunakan untuk perhubungan seharian – berbanding tasik buatan di Putrajaya itu?

Ah! Bosan! Kalau aku nak teruskan membebel, mungkin tak habis!

Oleh itu, sempena kenaikan harga minyak dan harga barangan yang akan menyusul, jadilah PENGUNDI yang bijak!!!


mudin001: nak naik basikal dari Teras Jernang ke Subang Hitech, ok tak?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: