Shah Alam Ribut, Aku Keributan


Pukul 3.00 petang, apabila dentuman guruh mula sabung-menyabung, aku belum lagi solat zohor. Hujan lebat mula menyimbah muka bumi Shah Alam.

‘Ah, kerja belum selesai, nak keluar solat hujan pula.’

Di tempat kerja ku, surau terletak di tingkat atas bangunan yang sama, tapi untuk ke surau, aku perlu keluar dari ruang kerja ku di tingkat bawah, berjalan ke lobi dan naik tangga ke tingkat 3. Hujan yang lebat, diiringi petir dan guruh sabung-menyabung, dan paling mengerikan angin yang cukup kuat, tidak memungkinkan aku untuk keluar ke surau.
‘Sesape yang parking keta bawah pokok, cepat alihkan, dah ada pokok tumbang.’ Terdengar suara seorang rakan pejabat yang baru masuk, berpayung tapi basah.

‘Argh, habis! Solat belum, kereta aku confirm parking bawah pokok. Nak keluar pung tak boleh, payung tak der, kalau ade pung terbang aku dibuatnya ni.’

Di Subang Hitech, memang parkinglah masalah utamanya. Lot-lot parking di dalam kawasan pejabat sangat terhad, yang bertaraf manager dapatlah, kuli-kuli macam aku ni, terpaksalah parking di tepi-tepi jalan sahaja, berderet di sepanjang jalan. Dan ruang di bawah pokok memang menjadi rebutan, teduh kononnya. Tapi bila hujan macam ni tergugatlah!!!

Dentuman guruh masih lagi bersahutan, diiringi pukulan-pukulan angin merempuh apa sahaja yang menjadi halangannya. Sungguh menakutkan. Hati sudah pasrah. ‘Habislah kereta aku kali ni, belum solat punya pasallah ni.’

3.45 petang, barulah ribut reda. Hujan renyai-renyai. Aku keluar untuk ke surau. Sambil itu sempat menjenguk apa yang berlaku kat luar, yer, ada pokok tumbang. Security sedang mengawal trafik. Aku keluar ke jalan, mengintai-ngintai keadaan di tempat aku parking. Alamak, dari jauh aku nampak ada pokok tumbang kat situ.

Pasrah!

‘Lantaklah, apa-apa pun aku kena solat dulu.’

Naik ke surau. Ada air-cond duct patah, siling runtuh. Hmmm. Usai solat, aku mengemaskan laptop ku. Segera bergegas ke kereta. Hati berdebar-debar. Dekat dengan kereta ku, aku lihat ada dahan-dahan pokok yang patah yang telah dipotong dan dialihkan ke tepi jalan. Sah! Memang ada dahan pokok jatuh. Sampai ke kereta, aku keliling-keliling 2,3 kali. Perfect. Tiada kecederaan. Pokok itu betul-betul disebelah kereta ku. Tapi dahannya yang jatuh menimpa kereta di belakang ku. Besar dahannya, remuk kereta Proton Wira itu.

Alhamdulillah. Nak menangis rasanya, jarak tempat dahan itu jatuh tak sampai semeter dari kereta ku.

‘Alhamdulillah, kalau kereta aku yang kena tadi, confirm naik motor lah aku lepas ni.’

Sujud syukur!

Moral of the story: Solatlah di awal waktu.

Mudin001: Ada apa dengan Shah Alam, banjir dan ribut?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: