Seminggu sebagai Abu Adam

Semalaman aku cuba update blog ini, tapi tak berjaya. Problem dengan wordpress.com. Hasilnya… apa yang nak ditulis hanya mengewap dari kepala, hilang entah kemana, tak sempat nak ditumpahkan ke bentuk tulisan.

Hari ini sabtu, dapat panggilan nak bring up satu site baru. Urgent katanya! Selalu urgent, tak pernah tak urgent, sampai urgent itu sudah hilang maknanya. Sampai ke Subang Hitech, tengok transmission link belum clear. Tak boleh buat apa-apa. Bengang. Buang masa aku aje. Nasib baik aku memang dah berniat nak datang Shah Alam. Nak survey rumah. Cadang nak pindah bulan depan. Ada cadangan tak?

Seminggu lebih sebagai ayah, tak banyak perubahan lagi dalam hidup, mungkin sebab anak isteri jauh, di Kelantan. Kerja masih sama, siang dan malam. Ah! Apa nak buat? Yang pasti, balik Kelantan minggu lepas, speed kereta dah tak lebih 100km/j. 😀 Normal ker tu? Sindrom ayah baru!

Adam’s Update: Tali pusat Adam luruh semalam. Ummi bawak Adam ke HKB sebab demam kuning. Tak serius.

World Cup Watch: Sebelum WC bermula, 3 pasukan pilihan aku; France, Argentina, Holland. Sekarang Round 1 dah habis, 3 pasukan pilihan aku; Argentina, Holland, Czech Republic. Round 2 dah bermula, Argentina kalahkan S & M 6-0. Holland kalahkan Ivory Coast 2-1. Malam ni Czech mesti menang dengan Ghana!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: