Selamat berpindah

Kalau bulan lepas aku berpindah di alam maya. Dari blogspot ke wordpress. Bulan ini (2 hari lepas) aku selamat berpindah di alam fizikal, yang memerlukan kekuatan fizikal juga. Dari Bangi ke Shah Alam (kalau mengikut alamat, sebenarnya dalam Subang Jaya). Lebih spesifik, Taman Pinggiran USJ.

Penat. Kata orang, pindah rumah ini salah satu seksaan dunia. Alhamdulillah, ramai juga yang membantu. Terima kasih kepada semua, terutamanya Sepo, adikku. Dia yang mengemas barang-barang. Dia yang membasuh rumah baru. Dia yang mengangkat barang-barang. Terima kasih juga Abah, Ida, CT, Mc Noor, Abe Kie dan juga Azim ;).

Terima kasih yang istimewa kepada Abang Jaafar dan Azlan. Mereka menawarkan diri untuk meminjamkan kudrat tanpa dipinta. Juga kepada Ise yang tak pernah menolak bila bantuan diperlukan. I love you all.

Tidak lupa juga kepada Ustaz Halim sekeluarga yang turut turun membantu. Terima kasih, Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Semalam, aku tidur nyenyak. Walaupun masih banyak kotak-kotak yang belum dibuka. Hari ini, 8.05 AM turun dari rumah, 8.15 AM sudah sampai di tempat kerja. Besh kan? 😀

World Cup Watch: 4 perlawanan suku akhir telah pun berlangsung. Germany vs Argentina. Aku sokong Argentina. Tapi bila Jose Pekerman keluarkan Riquelme dan kemudiannya Crespo, aku kata, gila ker? Bila-bila masa Germany boleh equalise. Bila kedudukan masih 1-1 di masa tambahan, aku kata, kalau game ni masuk penalty shootout, Germany mesti menang. Bravo Jens Lehmann!

Italy vs Ukraine. I don’t care! Englad vs. Portugal. Aku mahu England kalah. England kalah! France vs. Brazil. Aku mahu Brazil kalah. Brazil kalah.

Daripada empat pasukan pilihan aku; France, Argentina, Holland dan Czech Republic. Hanya tinggal satu, France. Final match will be Germany vs. France. Jens Lehmann vs. Thierry Henry!

Adam’s Update: Hari ini usia Adam 25 hari. Berat Adam kini 4.4 kg. 🙂

Advertisements

3 Respons

  1. pinndah dah? tok tahu cerita pung

  2. abu amiir, tak tahu ceta erk? dah lama kot kite tak jumpa? 🙂

  3. abes tu ida keje kt mana skrg? tk jauh ker dia pi keje?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: