Pak ‘Lebai’ Lah dan Rasuah

Orang ramai sudah pun berkumpul di masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Masjid sudah pun penuh dengan orang kampung, tua, muda, kanak-kanak, wanita, lelaki, anak dara, duda mahupun janda. Yang menetap mahupun perantau yang baru balik kampung. Bangunlah Pak Lebai yang sepatutnya menerangkan cara-cara solat sunat Aidilfitri itu. Sebaliknya Pak Lebai itu mula berleter pasal dadah itu dadah ini. Orang kampung perlu main peranan untuk hapuskan dadah bla bla bla

Orang ramai mula terpinga-pinga. Apahal ni? Takkan nak khutbah plak kot? Kalau ya pun… solatlah dulu.

Hmmm… Pak Lebai… Pak Lebai, anaknya keluar masuk Pusat Serenti. Sibuk-sibuk pula nak nasihatkan orang pasal dadah. Nasihat tak salah, tengok tempat dan masa lah! Paling penting, rumahtangga sendiri tu… apa cerita?

Itu Pak Lebai di kampung aku. Di Ulu Kelantan!

So, bila hari ini, Pak Lah mengomel minta OIC mainkan peranan penting banteras rasuah global. Aku kata… ‘eh Pak Lah ni, kenyataannya setaraf Pak Lebai kampung aku aja!’. Aku nak tanya benda sama ajer kat Pak Lah, ‘Rumahtangga sendiri tu… apa cerita?’

Advertisements

3 Respons

  1. din, balik raya nanti kirim salam kat pak ‘lebai’ lah … 😀

  2. hmm… rasa macam nak pergi masjid lain lah kamal!

  3. […] Ingat tak kisah seorang Pak ‘Lebai’ yang meminta anggota-anggota sebuah organisasi yang dipengerusikannya untuk membantu membanteras rasuah global? Sama ada orang ambil pusing atau tidak dengan seruan itu, tidaklah dapat dipastikan. Apa yang pasti, beberapa bulan selepas beliau membuat kenyataan itu, indeks rasuah negaranya sendiri menurun. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: