Merdeka Day Wish: No more bullshits, please!!!

Bullshit No. 1: Imej positif Mat Rempit

Sedar atau tidak, masyarakat seolah-olah tidak nampak sebenarnya kegilaan remaja terhadap motosikal, saling tidak tumpah minat dan kegiatan anggota kelab motosikal berkuasa tinggi atau Mat Motor Besar.

Mat Rempit berhimpun di tepi jalan, Mat Motor Besar melepak di kelab eksklusif. Mat Rempit berhibur di disko, Mat Motor Besar pula menikmati persembahan live band di lounge hotel.

Kenapa hanya Mat Rempit dipandang serong sedangkan Mat Motor Besar dijulang sebagai orang yang ada kelas dan dihormati?

Aku tak tahu lah kalau Mat Motor Besar itu dijulang atau dihormati. Itu bukan persoalannya. Persoalannya, Mat Rempit tu berlumba motor haram. Di tengah jalan raya. Membahayakan nyawa orang. Tak kan itu pun tak gheti?

“Di sebalik label kejahatan yang diberikan kepada Mat Rempit itu, masyarakat seolah-olah lupa bahawa Mat Rempit juga manusia biasa.

“Mereka ada hati dan perasaan, berbakat serta berkebolehan terutama dalam bidang kejuruteraan permotoran dan kelajuan.

“Apa yang paling penting, mereka adalah generasi pemimpin akan datang,” kata Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Oleh kerana Mat Rempit itu manusia biasa, dan bukan Superman lah, maka perbuatan mereka itu membahayakan nyawa orang. Eh, eh… sejak bila pulak golongan awak tu gheti nak jaga hati dan perasaan orang? Sekarang ni, sayang nyawa ka? Atau lebih sayangkan ‘bakat dan kebolehan’ ?

Satu lagi, kalau betul nak cari pemimpin generasi akan datang, jangan lah cari kat jalan raya. Ok?

Sedangkan, Mat Rempit pada pandangan Abdul Azeez adalah insan yang mempunyai bakat, kemahiran, semangat berpasukan yang mantap, setiakawan dan kepemimpinan.

Wah! En Abdul Azeez, ada contact no. mana-mana Mat Rempit tak? Saya mahu jemput jadi fasilitator program team building lah!

“Jika mereka mahu beraksi di depan khalayak ramai, mengapa kita tidak boleh tutup jalan, misalnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan Tun Razak dan sediakan penghadang yang selamat di sepanjang jalan supaya mereka boleh beraksi.

“Saya percaya, jika kita beri sedikit kelonggaran kepada Mat Rempit menunjukkan bakat mereka, aktiviti itu boleh dijadikan satu acara unik yang boleh menarik minat pelancong asing,” katanya.

Ah… bullshits! bullshits!

Advertisements

Satu Respons

  1. baca post terbaru di http://selangkah.blogspot.com best.. tertarik.. memang PAS habis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: