Tunggu Teduh Dulu

Ummu Adam orangnya tak pernah ambil tahu tentang peti surat kami dibawah. Ada surat atau tidak, tiada dia peduli. Tapi, dua tiga hari kebelakangan, balik saja dari kerja, disuruhnya aku memeriksa. Tak pernah terlintas pula ada maksud tersirat.

Semalam dapat satu kad kuning. Bungkusan dihantar ketika rumah tidak berpenghuni. Ummu Adam tanya, “Apa tu, abang dah pergi ambil ke belum?”. Kata aku, “Belum!”.

Hari ini aku ke Pejabat Pos Shah Alam. Dapat satu bungkusan dari Ujana Ilmu. Patutlah! Kata hatiku. Beria-ria Ummu Adam menunggu sesuatu muncul di peti surat. Rupanya ada kejutan untuk Abu Adam 😛

Bungkusan dibuka, ini yang menanti…

Kata salsabila Fahim, ini cerita kecil,
cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal di puncak bukit
bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.

Kata aku, ini perkara besar ,
hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.

Kata Teh Sofia, ya,
kerja Tuhan siapa tahu ?

Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan.

Apa kata kau ?

Kata aku, terima kasih Sayang!

Advertisements

6 Respons

  1. err .. aku rasa ni lah tulisan mung yang paling tak best sekali.

  2. Kamal, cuba tanya Ummu Adam. Mesti dia kata tulisan ni yang paling best :p

    (ahaks! :D)

  3. Aku br jah beli buku tuh juga dr Ujana Ilmu…

  4. Noor, buku gapo lagi hok baru-baru mung ado?

  5. Aku ada:

    1. Impian Tsu-Ryi (Nisah Haron)
    2. Bulan Tak Bermadu di Fatehfur Sikri (A Samad Said)

  6. okeh, nanti boleh pinjam!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: