Ada apa dengan Adam?

Hari ini genap 3 bulan dan 2 minggu umur Adam. Sudah 2 hari, sejak balik dari Kelantan, Adam asyik buat onar sahaja. 2 hari di rumah pengasuhnya, Tok Mak, asyik menangis saja. Sampai serak suara. Susu sedikit sahaja yang habis. Adam berlapar. Tak nak minum botol. Mungkin kerana empat hari seronok bersama umminya. Seharian di rumah Tok Mak, tak habis pun satu botol. Sanggup dia berlapar dan menangis. Sampai Tok Mak pun dah putus asa. Disarankannya Ummu Adam ambil cuti tanpa gaji, jaga Adam. Seolah-olah memberi ‘hint‘ yang dia sudah tak sanggup nak jaga Adam. Apa taknya, Adam asyik mahu berkepit. Mahu ditemani sepanjang masa. Ditinggalkan sekejap, keluarlah suara nyaring persis babanya!

Abu Adam sugul.

Hari ini, Ummu Adam ambil cuti. Jaga Adam. Abu Adam ke Tesco, mencari makanan ‘solid‘ pertama untuk Adam. Sebagai alternatif kepada susu, kalau dia tak mahu minum botol. Ummi dan Baba senyum saja tengok gelagat Adam merasa makanan pertamanya. Ermm! (Kamera rosak, tiada gambar). Dah kenyang. Adam dibaringkan. Diam. Tak menangis. Kemudian dia gerak-gerak. Ummi dan Baba tahu dia nak buat apa. Dah lebih seminggu dia cuba. Dia cuba lagi, cuba lagi, dan cuba lagi. Dan… dia berjaya! Adam berjaya meniarap buat kali pertama hari ini. Ah, Adam kehairanan. Macam tak percaya dia berjaya dapat kebolehan baru. Sengih. Sengih Adam cute. Sengih Adam membahagiakan ummi dan baba.

Abu Adam kata, syabas Adam!

Abu Adam pun datang kerja, dengan senang hati. Dan kemaskini blog!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: