Ada apa dengan Ramadhan?

Kali ini cerita pasal Ramadhan pula. Bukan cerita Adam. Tapi cerita Adam ada juga. Sikit saja. Sabtu semalam, Adam pergi hospital. Cucuk. Doktor suntik jarum, Adam pandang atas, pandang mainan, pandang Baba. Buat tak tahu saja. Tak nangis. Tak ada apa-apa.

Abu Adam bangga.

Tutup cerita Adam. Cerita Ramadhan pula. Ada apa dengan Ramadhan? Banyak. Ramadhan ada banyak. Tapi bukan untuk semua orang. Walaupun bulan ini bulan untuk sekelian makhluk. Tapi tak semua. Tak semua dapat Ramadhan sebagaimana yang sepatutnya Ramadhan itu beri. Banyak yang Ramadhan ada. Dan tak habis walaupun diberi kepada semua mahkluk. Tak semua mahu. Nampak saja ramai yang mahu Ramadhan. Hakikatnya tak semua mahu.

Ramadhan nampak macam untuk semua. Kerana nampak macam semua nak Ramadhan. Tapi Ramadan bukan untuk semua, kerana bukan semua nak Ramadhan. Ramadhan untuk mereka yang banyak fikir, banyak ingat, banyak sabar, banyak ibadah. Ibadahnya zahir dan batin. Ya, macam nak raya tu. Kan maafnya zahir dan batin. Ibadahnya pun perlu zahir dan batinlah! Kalau puasa zahirnya, tidak makan dan minum. Ada juga sisi batinnya yang perlu puasa. Puasa dari hasad, antaranya. Kalau ibadatnya tiada sisi batin. Maka tak banyak yang Ramadhan boleh beri. Ramadhan hanya boleh kasi lapar, dahaga, letih, tidur sahaja!

Ramadhan itu banyak. Banyak fadhilatnya. Fadhilatnya untuk semua. Tapi tak semua yang dapat. Tak semua dapat, sebab tak semua mahu fadhilatnya, walaupun nampak macam semua mahu. Ibadah apa sahaja, ada zahir dan batinnya. Tarawih juga. Tak perlu gaduh lapan atau dua puluh lagi. Buat sahaja berapa, asal objektif Ramadhan itu tercapai. Zahir tarawih itu tunggang-tonggek, tunggang-tonggek, maka tunggang-tonggek itu sahajalah dapat kalau tidak disertai batinnya. Tunggang-tonggek itu sajalah yang dapat Ramadhan beri, kalau tarawih itu kerana jiran sebelah tarawih. Kerana rakan sebilik tarawih. Kerana tunggu moreh. Banyak Ramadhan dapat beri kalau tarawih disertai dengan batinnya. Batin tarawih itu, ada ikhlasnya, ada khusyuknya, ada semangatnya. Jangan dikejar fadhilat yang kononnya setiap malam itu begini dan begini.  Itu maudhu’, palsu. Bukan sahih, malah bukan pula lemah. Palsu adalah palsu.

Ramadhan baru bermula. Cerita pasal Ramadhan ini banyak. Tapi pendek kata, Ramadhan datang ada sebab. Ada objektif kata orang zaman sekarang. Dan objektif itu tidak lain dan tidak bukan melainkan taqwa. Bila Ramadhan pergi, ditinggalkannya taqwa bersama kita, maknanya banyaklah yang kita dapat dari Ramadhan. Sebaliknya, habis Ramadhan, taqwa entah kemana, duit banyak melayang dengan kuih-muih, kain baju, langsir perabot. Maknanya Ramadhan tak beri apa-apa. Rugi ada!

[Abu Adam, Ummu Adam dan Adam sekeluarga mengucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadhan. Semoga kita semua tergolong di kalangan yang akan berjaya mencapai objektif Ramadhan, TAQWA. Wassalam.]

Advertisements

2 Respons

  1. Saja nak tambah. Ramadhan tu bukan setakat 30 atau 29 hari sebagaimana yang tertera di kalendar atau yang diumumkan oleh penyimpan mohor besar raja-raja. Ramadhan ialah sepanjang tahun, siang dan malam. Puasa bukan sekadar dari matahari terbit sampai matahari terbenam. Objektif Ramadhan boleh di capai bila-bila masa, di mana saja. There is no limitation of space, time or anything in order to achieve the objective. The limit is only within ourselves.

  2. 1, terima kasih!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: