‘Presiden UMNO ada sifat munafik’ – Sang Kelembai

Sungguhpun demikian pada bulan Ramadhan yang mubarak ini, Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pemecatan saya sebagai ahli UMNO dengan berselindung atas alasan bahawa ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan dengan keputusan pemecatan tersebut. Saya menerima pemecatan tersebut dengan terbuka dan menganggap bahawa pemecatan ini adalah satu rahmat bagi saya dari terus menyokong organisasi yang dipimpin oleh seorang Presiden yang bagi saya cenderung kepada sifat – sifat seorang “munafik”

Pemecatan itu memberi saya ruang untuk bebas dari ikatan Perlembagan UMNO bentuk baru, yang menyekat ruang untuk mengkritik dan menegur pemimpin, satu perkara yang berlawanan dengan prinsip Islam Hadhari. Ini membuktikan teguran saya bahawa konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri kita hanya – Islam ada had dan ada hari.

Pemecatan saya juga membuktikan bahawa pemimpin UMNO tidak boleh dikritik atau ditegur dan perbuatan mengkritik kepimpinan khususnya dalam konteks ini “mengkritik Perdana Menteri ” merupakan satu dosa besar dalam parti.

Baca lanjut di blog Sang Kelembai.


Presiden UMNO mengimamkan solat. [Foto: Utusan Malaysia]

[Tok Mudin: Tak nak ber’imam’kan orang munafik]

Advertisements

3 Respons

  1. bukan tak buleh komen
    tapi apa yg di buat oleh sang kelembai adalah kata-kata belakang
    kalau ada yg tak kena terus terang ikut channel
    aku tengok dalam paper banyak orang lain komen pasal pm tak kena aper pun

  2. saya menyokong sang kelembai….teruskan menulis tuan kami dari sabah sentiasa mengikuti perkembangan tulisan-tulisan tuan… memeng benar pm sekarang ni ada sifat seperti yang tuan sebut bongkak, dan meninggi diri…abdullah hj. ahmad ini penipu cuma tiada guna islam untuk kepentingan diri dan keluarganya itu sebenarnya…. sebenarnya kalau mahu memperjuangkan islam tidak perlula islam hadari ini…ni cari nama jak kan…

    “HIDUP ERA TUN DR. MAHATHIR”

  3. Sabahan Boys,

    Kenapa ‘Hidup era TDM’ ? Era beliau sudah mati!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: