Cakap siang pandang-pandang (2)

Dari Bernama:

RTM Tidak Akan Siar Program TV Dianggap Sampah

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menyiarkan program televisyen yang tidak bermutu dan dianggap “sampah” sebaliknya stesen penyiaran milik kerajaan itu akan terus menyiarkan program berkualiti.

Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata ini kerana RTM perlu menjaga imejnya sebagai sebuah stesen penyiaran yang berwibawa selain perlu bersaing dengan stesen lain.

“Jangan anggap RTM sebagai tong sampah, masa itu telah berlalu,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa dan sumbangan raya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini Selasa malam.

[Tok Mudin: Tahu, tak apa!]

Abdullah Mahu Umat Islam Bermuhasabah Dalam Mencari Kekuatan

HULU TERENGGANU, 10 Okt (Bernama) — Umat Islam perlu menjadikan Ramadan sebagai bulan bermuhasabah bagi mengukuhkan semangat muafakat demi pembangunan negara pada masa hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata mereka perlu menilai kelemahan yang ada dalam semua aspek untuk membangunkan umat dan negara ini.

“Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah sambil beribadah dalam bulan Ramadan dengan mengingati dan bertanyakan diri kita tentang kelemahan yang berlaku sama ada ia disebabkan kita kurang beribadah,” katanya sebelum majlis berbuka puasa sempena perasmian Masjid Kuala Ping dekat sini hari Selasa.

[Tok Mudin: Tahu, tak apa!]

Kerajaan Cari Mekanisme Adil Sebelum Naikkan Harga Gas

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Kerajaan akan mencari satu mekanisme yang adil bagi rumusan harga gas untuk sektor kuasa sebelum ia dinaikkan, kata Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Beliau berkata mekanisme seumpama itu perlu diusahakan bagi membolehkan syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Bhd menangani kenaikan kos tanpa menyebabkan caj elektrik yang membebankan kepada pengguna.

“Kerajaan berusaha untuk mencari satu mekanisme di mana Tenaga Nasional tidak perlu melepaskan bebanan kos tambahan kepada pengguna dengan menaikkan harga elektrik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Utiliti Kebangsaan Ketiga di sini, Selasa.

[Tok Mudin: Naik lagi lah tu!]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: