Cakap siang pandang-pandang (3)

Dari Utusan:

Perhimpunan mat rempit ditangguh

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Perhimpunan 50,000 mat rempit anjuran Putera UMNO yang dijadual berlangsung di Bukit Jalil pada November ini, ditangguhkan ke awal tahun hadapan.

Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang dipengerusikan oleh Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

‘‘Putera UMNO juga diminta supaya menyusun rapi pelaksanaan program itu bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini supaya usaha murni itu kelak tidak disalah tafsir,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Polis dikatakan tidak bersetuju dengan program itu dengan alasan jika 8,000 mat rempit yang berhimpun di Teluk Batik, Perak gagal dikawal, adalah mustahil untuk mengawal 50,000 orang di Bukit Jalil.

Perhimpunan di Teluk Batik, Perak pada 9 dan 10 September lalu diselubungi pelbagai kontroversi.

[Tok Mudin:  Mampu gelak saja! Tak gheti-gheti lagi ke? Batalkan aja lah niat yang nampak macam baik tapi tak berapa baik tu. Sudah-sudahlah menjaringkan gol sendiri wahai Putera UMNO. Banyak lagi benda berfaedah yang boleh diperjuangkan. Tolong bahagi-bahagikan topeng jerebu ker, imarah masjid ker, tadarus ker, kan bagus!] 

Advertisements

3 Respons

  1. hehee.. menarik laa komen ni… betul sangat laa tue..

  2. alamak, silap coding laa..

  3. Aid, salah coding tak per, jangan salah skodeng!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: