Kami tak perlukan Jackie Chan, Shah Rukh Khan

Aku bukan rakyat Terengganu. Tapi aku dapat merasakan, itulah agaknya yang akan dinyatakan oleh rakyat Terengganu terhadap niat Idris Jusoh ingin membawa Shah Rukh Khan ke Monsoon Cup yang akan diadakan di Terengganu, seperti dilaporkan oleh The Star:

After Jackie Chan, Hindi silver screen icon Shah Rukh Khan may be the next celebrity to make his presence at Terengganu’s major event – the Monsoon Cup.

Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh said he was trying to lure famous Indian celebrities to make a trip down to the state in bid to boost the state’s fiscal development.

“We had World-renowned watch maker, Richard Mille who carved a notch for the state globally and soon we will work hard to have more of these famous people to promote Terengganu,” he said when delivering his speech to the local pressmen during a buka-puasa event organised by the state government on Wednesday.

Malah, jika rakyat Terengganu masih lagi belum sedar untuk menolak anasir-anasir hedonisme dan pembaziran duit rakyat sebegini dari terus berlaku, kini aku menyeru. Tolak Shah Rukh Khan, tolak hedonisme, tolak pembaziran.

Di kala rakyat jelata masih ada yang melarat, ada yang berbuka puasa dengan nasi dan garam sahaja. (Baca: Wang minyak dihumban ke laut?) Tindakan pembaziran sebegini sangat tidak patut dan tidak mesra rakyat.

Sekali lagi aku seru rakyat Terengganu, tolak Shah Rukh Khan. Tolak Monsoon Cup. Tolak Hedonisme. Tolak pembaziran. Tolak Idris Jusoh, tolak UMNO dan tolak BN. Daripada membuang wang anda ke laut, lebih baik buang saja mereka yang tidak berguna itu ke Laut China Selatan!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: