Hanya Ajaran Islam Dapat Redakan Karenah ‘Mat Rempit’ – TG Nik Aziz

Jarang-jarang sekali kenyataan Tok Guru dapat liputan media arus perdana. Berita penuh dari Bernama:

Hanya Ajaran Islam Dapat Redakan Karenah ‘Mat Rempit’

KOTA BAHARU, 15 Okt (Bernama) — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata karenah “mat rempit” di negara ini hanya dapat diselesaikan dengan pendekatan ajaran Islam.

Katanya operasi besar-besaran polis untuk mengempur habis-habisan golongan itu boleh dilakukan tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah.

“Bolehlah, tapi tak sudah untuk menyelesaikan karenah mat rempit,” katanya mengulas kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC II Nooryah Md Anvar mengenai operasi besar-besaran polis trafik terhadap golongan itu di seluruh negara sebaik musim perayaan tamat tidak lama lagi.

Tiada cara lain bagi menyelesaikan masalah itu kecuali golongan remaja dididik dengan ajaran Islam daripada peringkat awal, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kuih hari raya daripada kerajaan negeri kepada pasukan keselamatan yang diwakili Panglima Wilayah Laut Satu, Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang Laksamana Pertama Jamil Osman, Panglima 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa Brig Jen Shaharuddin Abu Bakar dan Ketua Polis Kelantan Datuk Zulkifli Abdullah.

“Hanya agama dapat mengajar dan mengawal nafsu, polis dan ibubapa tak boleh kawal,” katanya.

Katanya langkah pertama bagi mengawal nafsu amarah ialah dengan niat mengangkat hadas besar dan kecil semasa membasuh muka ketika berwuduk.

“Jika nafsu ini tidak dikawal, sesorang itu akan menjadi syaitan dan iblis sehingga dewasa,” katanya.

Oleh itu, katanya, sudah sampai masanya usaha bersepadu diadakan dengan kerjasama ibu bapa, pengurusan sekolah dan kerajaan bagi menangani masalah ini dari peringkat awal.

Katanya tindakan mat rempit ini sudah melampau sehingga tidak mempedulikan hak orang lain di jalan raya dan menyebabkan kematian apabila merempuh seorang budak lelaki tiga tahun di depan masjid di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan negeri ada menjalankan satu program dengan mengumpul golongan itu di beberapa buah pondok pengajian baru-baru ini untuk memberi kefahaman kepada mereka mengenai tujuan hidup di dunia ini.

— BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: