Mat Rempit teruskan ke’cemerlang’an

Apa kata mereka yang me’nelor’kan Mat Cemerlang?

Mat rempit baling batu, kejar polis

BUKIT MERTAJAM 16 Okt. – Gejala samseng di kalangan mat rempit semakin menjadi-jadi.

Terbaru, sekumpulan mat rempit bertindak mengejar dan membaling batu ke arah polis kerana membawa dua rakan mereka yang ditahan ketika berlumba di atas jejantas Lebuh Raya Butterworth-Kulim Expressway (BKE) awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai sekumpulan lelaki sedang berlumba.

Terkejut dengan ketibaan polis, kumpulan mat rempit berkenaan cuba melarikan diri, namun dua daripada mereka yang menaiki sebuah motosikal terlanggar motosikal polis lalu terjatuh.

Pemangku Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Zainal Abidin Nin berkata, kira-kira 20 mat rempit kemudian mengejar dua anggota polis berkenaan yang dalam perjalanan membawa dua rakan mereka itu ke Balai Polis Kubang Semang, dekat sini.

Katanya, menyedari tindakan agresif kumpulan terbabit, dua anggota polis berkenaan memasuki perkarangan sebuah masjid berhampiran sementara meminta bantuan.

“Kumpulan mat rempit yang menunggu di luar perkarangan masjid itu bagaimanapun lari lintang pukang apabila sekumpulan 10 anggota polis diketuai seorang pegawai tiba di tempat kejadian untuk memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kerana masih tidak berpuas hati, mat-mat rempit terbabit sekali lagi mengekori polis hingga ke balai polis dan sempat membaling batu beberapa kali ke arah bangunan balai sambil melaungkan rasa tidak puas hati sebelum melarikan diri.

“Kita memandang serius perkara ini kerana kumpulan (mat rempit) berkenaan bertindak sesuatu yang boleh membahayakan nyawa anggota polis,” tegasnya.

Zainal Abidin berkata, pihaknya akan menyoal siasat kedua-dua lelaki terbabit bagi mencari saki-baki kumpulan mat rempit berkenaan.

Katanya, maklumat awal polis mendapati, kedua-dua lelaki tersebut adalah pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam dekat sini.

Menurut Zainal Abidin, kedua-dua lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

Advertisements

6 Respons

  1. apa la dia org nie asyik lum ba je try la bawak g solat ke betul tak

  2. nak buat macam mana salah mak bapak dia org gak sebab nagi mootorrrr kat anak dio org pastu marah org ckp x pandai jaga anak

  3. shahrul, lumba itu seronok, solat itu tidak. Itulah hedonisme.
    Jangan salahkan mak bapak sahaja, banyak faktor perlu diteliti.

  4. dunia nak kiamat…

    hamba tak kenal ALLAH
    hidup tanpa iman
    murid tak takut guru
    anak tak hormat ibubapa
    masyarakat tak hargai bdn berkuasa

    wallahu’alam. betapa sukarnya utk mengawal dan membendung gejala anak remaja dan mslh sosial yg melampau. kesedaran itu harus dtg dr dalam diri dan minda individu tersebut..itulah gunanya ilmu.

    jgn menuding jari kearah ibu bapa shj. ibu bapa sedaya supaya memberi ilmu kpd anak2 mereka supaya mereka dapat membezakan perkara baik dan buruk. ibu bapa tidak mampu mengawal emosi dan nafsu anak2nya, melainkan diri mereka sendiri.

  5. Mat rempit zaman sekarang ganas pasal cc motor depa ganas, mak bapa ganas pantang ditegur dan bila time pocket kosong lagi ganas..sanggup gadai tubuh makwe depa demi RM5..shj.(Metro)

  6. selagi tak turun bala yang teruk mcm kat indonesia tu selagi itu laaa tak ingat Tuhan, time tu menangis pon tak guna sbb masa senang tak ingat dunia,masyarakat dah tak leh tegur dah sbb dorang jadi gangster kampung. Kalau la Malaysia ni kena serang dorang sanggup ke pegi perang?Jgn nak jadi gangster kampung jer. Eloknyer mat rempit ni di hantar dalam hutan atau ke jemaah tabligh bagi dakwah skit. Dorang ni dah melampau dan jauh terpesong:arak,judi,rogol,curi,rompak,samseng,bunuh,ragut, etc sumer dorang berani buat. Kalau tak salahkan dorang nak salahkan saper lagi?Tuhan dah bagi pala otak tapi tak mo pakai,nama jer dah baligh tapi tak matang-matang, cuba guna otak tu untuk kekereatifan yang lebih membina dan yang membangunkan negara. Kalau betolla dorang ni terlampau ikut pengaruh luar aku rasa negara barat pon remaja nyer tak buat benda2 mcm ni. Tak de rempit dan pelbagai. Kuarga aku rasa tak selamat biler lalu kat jalan raya sbb dorang ni laaa. Mmg tak leh pakai langsung, Mmg patut kalau kerajaan masukkan dorang dalam ISA.. sbb mengganggu ketenteraman awam dan membahayakan masyarakat.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: