Selagi hati saya berdarah saya tak akan ucap terima kasih – TG Nik Aziz

Alhamdulillah. Selepas 5 tahun ditahan oleh kerajaan ‘Negara Islam’ yang kemudiannya, memeluk Islam Hadhari, Ustaz Nik Adli dibebaskan jua dari ISA. Husam Musa menyebut tentang pembebasan ini di blognya 2 hari lepas.

Dan Utusan melaporkan:

KOTA BHARU 18 Okt — Nik Adli Nik Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kembali ke pangkuan keluarga di sini pada 5.48 petang ini selepas lima tahun ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berketayap putih dengan berkemeja lengan panjang putih serta berseluar biru kelabu, Nik Adli yang kelihatan letih disambut gembira oleh ayahnya dipintu depan rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math, seorang warga Filipina, pula tersenyum gembira bersama kedua-dua anak lelakinya di pintu rumah mereka yang berhadapan dengan rumah bapa mertuanya itu sambil memerhatikan detik pertemuan antara kedua-dua beranak itu.

Apa kata Tok Guru?

“Dah puas pelihara baru hantar balik. Selagi hati saya berdarah saya tak akan ucap terima kasih.”

Beliau turut menyindir wartawan dengan berkata: “Semasa anak saya kena tangkap dahulu tidak ada seorangpun wartawan datang bertanya, tapi sekarang apabila balik baru datang cari.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: