Rehat dari kegilaan a.k.a Raya

Entri ini menandakan tamatnya satu tempoh kegilaan. Untuk sementara. Seminggu.

Kegilaan apa? Kegilaan bekerja namanya. Dah 2 minggu kerja dari 12.00 AM – 9.00 AM, dan kembali di tempat kerja sebelum 2 PM. Dan hari ini kemuncaknya, aku belum balik dari jam 12 malam semalam!

Alhamdulillah. Cuti ini dapat memberi sedikit kerehatan. Insya Allah. Sebaik saja aku menekan butang ‘Publish’ entri ini. Balik. Rehat sepanjang petang, kumpulkan tenaga. Insya Allah kami bakal memulakan perjalanan balik ke Kelantan tengah malam nanti.

Di kesempatan ini. Macam biasa. Ayat standard. Kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini, kenalan mahu pun belum berkenalan. Yang pasti kita semua bersaudara, sebelah Tok Nabi Adam :).

Maaf dipinta. Zahir dan batin. Atas semua salah dan silap, dalam sedar dan tidak sedar. Dari tutur bicara, ngomel-ngomelan di blog, terjeling mata, tercuit tangan, tersepak kaki atau apa saja yang mengundang ketidakselesaan kepada sesiapa sahaja. Bak kata Lee Kuan Yew, i’m sorry.

Kad Raya oleh GONG

p/s: Lawa pulak nampak Masjid MMU tue kan?

Advertisements

2 Respons

  1. salam aidilfitri to Mudin, Ida n Adam, moga segala ibadah kita pada Ramadhan ini diterima Allah 🙂

    kak iena

  2. Terima kasih Kak Iena,
    Kami sekeluarga selamat sampai di Kelantan semalam. Selepas 15 jam perjalanan, dan sedikit ‘kejadian’. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: