Pak ‘Lebai’ Lah perlu mula dari rumah

Ingat tak kisah seorang Pak ‘Lebai’ yang meminta anggota-anggota sebuah organisasi yang dipengerusikannya untuk membantu membanteras rasuah global? Sama ada orang ambil pusing atau tidak dengan seruan itu, tidaklah dapat dipastikan. Apa yang pasti, beberapa bulan selepas beliau membuat kenyataan itu, indeks rasuah negaranya sendiri menurun.

Malaysia hanya mendapat 5 mata daripada 10 mata maksimum. Kalau peperiksaan, orang kata cukup-cukup makan saja.

Kelembapan pelaksanaan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan disebut sebagai satu daripada sebab bagi Malaysia menurun lima tempat ke tangga 44 daripada 163 ekonomi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International yang diumumkan hari Isnin.

“Sebahagian daripada masalah itu ialah jarak masa antara penggubalan dasar baru dan pelaksanaan sebenar dasar berkenaan. Jurang itu perlu dihapuskan,” kata Presiden Malaysian Society for Transparency and Integrity Tan Sri Ramon V. Navaratnam pada pelancaran global CPI 2006 di Institut Integriti Malaysia.

Lagi:

Navaratnam berkata beliau terperanjat dan berasa kecewa dengan ranking Malaysia yang semakin lemah, memandangkan banyak inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk memerangi rasuah dan mempertingkatkan ketelusan dalam sistem penyampaian awam, misalnya penggubalan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia.

Apa yang nak dihairankan. Tubuhkanlah berapa banyak pelan dan institusi pun. Jika kemahuan dan kesungguhan tidak ada untuk membanterasnya, tidak akan menjadikan rasuah itu kurang. Sama seperti mendirikan masjid yang cantik-cantik dan besar-besar. Tidak akan menjadikan penduduk disekitarnya lebih beriman dan bertaqwa.

Jadi, soalan aku untuk Pak ‘Lebai’ Lah, apa macam? Mahu banteras atau tidak? Kalau mahu, mulakanlah dari rumah Pak sendiri ya! Dan dari rumah itu, aku maksudkan secara literal.

Ibda’ binafsi.

Advertisements

4 Respons

  1. ACA sepatunya di letakkan di bawah parlimen… bukan di bawah perdana menteri… ni laa yg jadi bila ACA duduk bawah arahan perdana menteri.. apa2 yang PM kata stop… mesti stop.. no wonder kalau tahun depan jatuh lagi…

  2. Nazri kata laporan tu tak membayangkan keadaan yang sebenar. Mungkin maksud dia keadaan sebenar lebih teruk kot … ?

  3. sebenar atau tidak, itulah persepsinya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: