Memang naik!

Beberapa minggu lepas, aku tanya, naik lagi? Tiada jawapan lain untuk soalan itu. Memang naik!

Samy Vellu kata, kerajaan tak mampu nak tanggung subsidi kenaikan tol. Apa tak nya, RM400 juta untuk istana. RM 95 juta untuk pergi main batu seremban!

Apa nak buat?

Advertisements

7 Respons

  1. ini contoh orang yang bodoh din..
    ade duit buat main batu seremban, lepas tu cakap kerajaan tak mampu lagi. kesian kerajaan yang bodoh ni!

  2. mmg arr…petrol dunia turun kite tak turun..tol asik naik2…gaji mcm tu jugek…mcm mana nak kawin ni…huhuhuh 😥

  3. pok aid, dah lebih 40x kali rasanya perkataan bodoh disebut disini! 🙂

    hainey, tukar cara hidup.. erk? hari tu bukan dah kena tukar ker? tukar lagi!

  4. tadi pegi JPN, adik aku hilang IC. jadi hari ni satu hari suntuk aku lepak kat JPN. orang ramai berderet, kaunter cuma buka satu. Urusan nak dapat IC baru tu cuma ambik masa tak sampai 10 minit tapi kami terpaksa tunggu daripada pagi sampai ke petang. pada masa tu lah aku terpikir kalaulah duit bajet pegi main batu seremban tu digunakan untuk besarkan pejabat tu, tambah kaunter, tambah staff, bangunkan sistem pendaftaran secara online ada jugak faedahnya.

    bodoh (sekali lagi) betul orang yang tak boleh pikir benda ni.

  5. pasal istana, ada baca metro hari tu pasal sorang MP tu cakap jangan dipersoalkan isu istana tu kerana ini soal maruah dan kedaulatan raja melayu. takkan nak suruh raja duduk rumah yang di’convert’ jadi istana. sorang lagi MP yang bodoh (sekali lagi). pegi mampus la dgn maruah dan daulat. Umar Abdul Aziz pun tampal sendiri bumbung rumah dia yang bocor, takder bising pun pasal maruah dan daulat. kerajaan dia aku rasa lagi besar daripada Malaysia ni.

  6. kerajaan umar abdul aziz tak de orang miskin.

    tol ni, kalau la dia kekalkan harga yang paling rendah, pas tu biar sampai 100 tahun pun tak pe, tapi mesti harga paling rendah la. Tak perlu naik² dah. Lama² dapat balik la, sikit² lama² jadi bukit.

    Rakyat patut lebih berani menuntut pihak kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol bodoh ni. Tapi, tiap kali ada demo, yang pegi pun muka sama. Yang lain, tunggu je, tak puas hati bising. Tapi takde usaha nak tekan kerajaan. Kadang tu siap marah orang yang buat demo tu.

  7. kerajaan kita skrg ni mcm org kelate ckp ‘bodoh tok boleh ajar, cerdik tok boleh tumpang’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: