Islam is Peace, but…

Suatu malam, di tempat kerja.

Aku: Are you Christian?

Mr. W: No. I don’t follow anything.

Aku: Atheist? You don’t believe in God?

Mr. W: Erm, I believe there is something out there. I just don’t follow anything. But, if I am going to follow something, I will follow Buddhism.

Aku: Buddhism. Why?

Mr. W: It’s peaceful. Respect for everything.

……….

Aku terdiam. Berfikir sendirian. Kalau ‘peace‘ yang di cari, kenapa bukan Islam? Bukankah Islam itu sendiri membawa erti aman, sejahtera?

Ah.. ada apa pada nama? Bagaimana nak aku terangkan kepadanya bahawa Islam itu agama sejahtera? Sedangkan persepsi dunia itu… ah, kita semua faham?

Untuk rekod, Mr. W adalah seorang kulit putih warganegara Afrika Selatan. Menyertai Siemens Malaysia lebih kurang 3 bulan yang lalu. Pernah bekerja agak lama di Algeria, dan mempunyai ramai kenalan Muslim.

Bekerja setiap malam dengan beliau, banyak yang kami bualkan, dari hal keluarga (beliau juga ada anak kecil, baru 7 bulan), budaya orang-orang Algeria, perangai orang Melayu dan macam-macam. Lain kali, aku cerita tentang apa perangai ‘pelik’ orang kita bagi dia!

Advertisements

7 Respons

  1. din,
    pernah saya dengar satu ceramah, dari seorang lelaki india, dulu dia seorang penganut hindu, sekarang alhamdulillah, dia sudah islam (dia sebenarnya pegi jumpa dato’ harun din nak ajak dato’ masuk hindu).

    Dia kata, kalaulah dia mati dulu sebelum jadi seorang muslim, dia akan dakwa setiap orang islam di malaysia ni yang kenal dia; kenapa mereka tidak mengajak beliau ke arah Islam, tidak menerangkan tentang agama Islam ni kepada beliau.

    Tapi kalau nak difikirkan, susah jugak nak ajak orang tinggalkan anutan mereka, tapi kalau macam kawan kamu tu, boleh juga diterangkan. Tunjukkan apa itu Islam, bukan umat Islam ya, umat Islam banyak gak yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Yang memberi nama buruk kepada Islam.

  2. Pak cik, terima kasih.

    Menerangkan memang mudah. Tapi memilih cara untuk menerangkan itu tidak mudah. Kadang-kadang kita terbawa-bawa untuk berhujah.

    ‘It’s easy to win argument, but it’s hard to win heart’

    Itulah yang dapat aku simpulkan daripada pengalaman sikit-sikit mengikuti program comparative religion di kampus dulu. Ia lebih banyak menyediakan seseorang penjadi seorang yang bijak berhujah, bukan bijak berdakwah!

  3. mengikut penceramah bekas mubaligh hindu tu kan, masa ni call nak jumpa Dr Harun, Dr harun suruh dia tunggu kat masjid (Subang jaya rasanya, tak ingat), dia pun pegi tunggu kat situ, lepas tu dia dengar bacaan ayat² suci tu, dia macam terpana gitu. Itu la, lama dah pun aku pun tak ingat.

  4. ape lagi abu adam…inilah masanya 🙂

  5. aku percaya ada satu tuhan aje di dunia nie…
    Bukan allah…Hanya agama islam dan kristien saje
    mengutuk ugama lain….Megapa ia berlaku…..Tak malu ke

  6. […] Kepala aku tepu, penat. Minggu ini sepatutnya giliran aku kerja siang. Tapi colleague aku, orang Afrika Selatan itu mahu mabuk-mabuk malam ini, sempena meraikan hari terakhir seorang pengurus projek di tempat […]

  7. […] makan malam di rumah. Wayne ini adalah colleague aku yang aku pernah aku ceritakan di sini dan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: