60% naik, bangangLah!

Semalam, YB Husam menulis ini. Dan hari ini, Bernama melaporkan ini.

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Klang naik antara 30 sen dan RM1 mulai 1 Jan ini.

Lima lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Kadar baru bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen). Kadar ini adalah untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas 1.

Anda buatlah perkiraan sendiri, bagaimana kenaikan ini akan memberi kesan kepada hidup anda.

Aku? Kalau aku mulut masin, aku sumpah perompak-perompak ini jadi batu. Bukan batu besar. Batu kecil sahaja, boleh buat main batu seremban! Erk, macam mana nak main ya?

Advertisements

4 Respons

  1. dari rumah kamu ke tempat kerja naik berapa sen din?
    oit oit, perasan dak, punya la banyak pampasan yg sudah dibayar, hampir menyamai kos buat jalan, pastu, yg kutip hari² tu, tak bleh tampung lagi ke? kan lebih baik tak yah bg org lain buat, jkr buat sendiri lagi baik.

    Bodo kan orang mesia yg memilih mereka sehingga 52 tahun.

  2. BodoLah! kate orang kelate, BoLah undi diorng ni..
    kalau tak faham bo, maksudnya cukup!!

    takde hadiah lain ke utk tahun kawin aku.. hehee.. dahlaa hari ni hr 25 aku! pagi2 bukak paper dah dpat hadiah, tp kena buka buka tahun depan. bagus laa tok samy ni, mcm tahu2 jer..

  3. Amalan korban kekalkan kesejahteraan hidup

    [quote]
    PUTRAJAYA 14 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semangat dan amalan berkorban yang ada di kalangan rakyat Malaysia mampu mengekalkan kesejahteraan hidup kaum di negara ini.

    Beliau berkata, setiap kaum boleh mengamalkan amalan berkorban mengikut cara dan agama masing-masing seperti memberi pertolongan dalam bentuk tenaga, masa dan wang ringgit.

    ‘‘Orang Islam digalakkan membuat pengorbanan bagi membantu golongan yang memerlukan dan ia bukan sahaja dalam bentuk melakukan penyembelihan binatang ternakan tetapi juga dalam bentuk lain.

    ‘‘Semangat yang sama juga terdapat di kalangan orang bukan Islam, walaupun tidak ada ibadah korban seperti orang Islam mereka melakukannya dengan cara lain termasuk memberi pertolongan dan bantuan ketika berlaku sesuatu bencana atau malapetaka yang dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan juga,” katanya.
    [/quote]

    mungkin salah satu amalan korban yang dimaksudkan oleh Lah ialah dgn membayar tol … hmm, amat ‘hadhari’ sekali.

  4. Pakchik, Alhamdulillah, dari rumah ke tempat kerja, Tok Mudin tak perlu masuk hiway, tak sampai 10 minit dah sampai.

    Pok Aid, selamat 25. Muda mung lagi dari aku rupanya! Ye, bo bo lah undi demo tuh! Boleh blah!

    Kamal, minta Pak Lah senaraikan pengorbanan dia tahun ni. Khairy jual saham pung disalahkan orang. Korban kepala otak dia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: