Aku dan 2006 – Bhgn 1

2006 hampir menutup tirai. Ada apa dengan 2006? Tahun ini tahun penuh pertama aku sebagai suami. Tahun pertama sebagai bapa. Mencecah usia 25 tahun (baru sebulan lepas, hehe).

Berpindah. Di alam fizikal, aku berpindah dari Teras Jernang, Bangi ke Shah Alam. Di alam maya, aku memindahkan blog usang aku dari http://mudin001.blogspot.com ke mudin001.com.

Di peringkat nasional, selain daripada naik di sana sini (tol, petrol dll.) , bagi aku, yang paling menarik ialah pertembungan antara Dr. M dan Pak Lah (kenapa senyap sikit sekarang ya?). Apa kata kamu?

Baiklah, entri ini bukan untuk bercerita tentang Pak Lah (muak dah tau!). Entri ini pasal aku dan 2006. Itulah secara umumnya, Insya Allah dalam bahagian seterusnya, aku akan cuba menilai (muhasabah) pencapaianku tahun ini dari beberapa aspek. Jangan lupa untuk memberikan komen membina anda ya!

Wassalam.

Advertisements

6 Respons

  1. untuk membina sebuah rumah kita memerlukan sebidang tanah utk dijadikan tapak. Sebaiknya jika ia kepunyaan kita, jika tidak, ada kemungkinan ia dirobohkan. Harus juga ada kebenaran dari pihak pbt, supaya tidak menjadi isu yg mungkin didebatkan di DUN atau mungkin Dewan Rakyat. Juga harus berhati-hati memilih kontraktor dan arkitek, harus dapatkan yang bertauliah jg bereputasi baik bukan yang hanya tau menaikkan harga tanpa meningkatkan kualiti.

    Satu komen membina rumah dari saya.

  2. Pakchik, ada duit bolehlah membina rumah, Tok Mudin baru nak simpan duit, tol naik pulak!

    Artikel itu belum sempat baca. Insya Allah kalau ada kesempatan Tok Mudin ngomel. Apa kata pakchik?

  3. haha.. saya suka, boleh pegi sana je, tak yah ke siam… kehkehkeh… nak tau baca blog saya yg lagi satu, http://hasrol.blogspot.com/

  4. tak boleh hanya baca laporan kat NST dan malaysia-today saja. geng2 Islam liberal ni memanglah suka dengar kenyataan mcm ni. kena tengok juga pendirian sebenar dr asri dalam hal ni, lama sebelum dia buat kenyataan mcm kat nst tu. boleh baca perbincangan kat al-ahkam.net utk melihat pandangan-pandangan lain.

    bagi aku apa yang diperkatakan oleh dr asri tu ada benarnya. org yang tak pernah ada pengalaman pahit dengan jabatan agama ni mungkin tak terasa sangat malah tersinggung bila cakap tak boleh mengendap, … mengendap yer (snooping). ada beza tu dgn cegah maksiat yg terang-terangan berlaku. tapi kalau pernah ‘kena’ sekali, mungkin akan terasa kebenaran kata dr maza tu.

    maksiat yg terang-terangan kat taman, tepi pantai, disko tu taknak banteras, yg kat rumah orang jugak yg nak diambil tahu. kena pulak rumah takde orang. kalau siasat dulu ok la jugak, ni main serbu jer … 😀

  5. […] Sebelum aku menyambung coretan ini, marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah kepada ayahanda seorang sahabat yang menghembuskan nafas terakhir beliau pada hari Jumaat (15/12/06), lebih kurang jam 11.30 pagi. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: