Aku dan 2006 – Bhgn 2

Sebelum aku menyambung coretan ini, marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah kepada ayahanda seorang sahabat yang menghembuskan nafas terakhir beliau pada hari Jumaat (15/12/06), lebih kurang jam 11.30 pagi.

Allahyarham adalah bapa kepada sahabat dan junior MMU Imin. Kakak dan abang Imin, Nuha dan Umair, juga merupakan kenalan Abu Adam. Semoga Imin sekeluarga dapat menempuh hari-hari sukar ini dengan tabah. Sama-samalah kita mendoakan agar arwah akan tergolong di kalangan mereka yang mendapat bahagia di akhirat. Al-Fatihah.

Sambung.

Apakah pencapaianku tahun ini? Adakah 2006 ini, lebih baik dari 2005 yang lalu

Sebagai suami. Entahlah, masih banyak yang perlu aku perbaiki. KPI aku yang ini, hanya Ummu Adam yang boleh nilai 🙂

Sebagai bapa? Alhamdulillah, 6 bulan bergelar bapa, manis sekali. Banyak yang pengalaman dan ilmu baru dipelajari. Kalau ada yang aku terkilan, mungkin masa aku dirumah bersama Adam agak terhad. Apa tidaknya, siang dan malam terpaksa bertugas. Hanya hujung minggu dapat tidur malam, memeluk Adam. (Itupun kalau Adam mahu, asyik Ummi dia juga yang dia mahu!)

Bersambung lagi!

Advertisements

2 Respons

  1. al-Fatihah din.
    Kesian, jejarang dapat peluk anak… itu la dugaan din.
    ummi dia pulak din, macam mana? 😉

  2. Pakchik, nakal ya? :>

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: