Qurban, tahun baru dan tol

Hari ini Hari Raya ke-2 Aidiladha (di Malaysia). Oleh itu masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Aidiladha sekali lagi. Semoga kita semua dapat menghayati makna sebenar qurban, seperti yang di sarankan oleh Pak Lebai Lah dan timbalan lebai Najib. Tak tahu lah apa yang sebenarnya ingin mereka sampaikan. Masa untuk berkorban? Atau masa untuk bayar tol lebih?

Anda tentukan sendiri.

Lebih bermanfaat, kalau anda luang-luangkan membaca Manifestasi Qurban oleh Abu Nufayl di sini.

Hari ini juga merupakan hari pertama dalam kalendar Masehi 2007. Tidak ada apa-apa yang istimewa sangat, melainkan anda dan aku di Lembah Klang, akan mula membayar harga tol yang lebih tinggi. Apa nak buat? A Kadir Jasin menulis begini:

bukan kewajipan rakyat jelata memahami dan bersimpati dengan kerajaan, tetapi adalah kewajipan kerajaan memahami, bersimpati dan mengatasi masalah rakyat jelata.

Itulah inti pati kontrak antara kerajaan dan rakyat jelata yang ditandatangani melalui peti undi setiap lima tahun sekali – yang terakhir pada tahun 2004.

Tempoh 5 tahun itu bakal berakhir tidak lama lagi. Bagaimana? Masih mahukan kerajaan yang tidak memahami rakyat, malah menagih duit rakyat?

Anda tentukan sendiri. 

Advertisements
« »

3 Respons

  1. din, kalau ngikutkan wukuf di arafah tu, hari ni (isnin) adalah hari ke-3 dah. Ada kawan² yg dah buat semayang raya pada hari sabtu lagi. Itulah misterinya Malaysia ni. selalu nak lain dari orang lain.

    kadir ni la ni baru berani tulis macam ni, dolu-dolu tak de telur. Tapi betul la tu, bukan keja rakyat nak simpati kat KERA-jaan ni, KERA-jaan yang kena ngikut kehendak rakyat.

    Tapi, dah memang mereka diajar sebegitu din, kamu tengok di universiti sekarang ni, majlis perwakilan sudah jadi macam majlis perwakilan universiti bukan wakil kepada pelajar. Mereka hanya menyampaikan arahan universiti kepada pelajar bukannya rintihan pelajar kepada universiti.

    semoga rakyat dibukakan matanya oleh Allah.

  2. Pakchik, Malaysia kan bo…?

  3. […] Roosevelt Dan kalau dia ialah seorang Menteri Kerja Raya, dia akan curi duit rakyat dengan buat tol(ol) […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: