Respon terhadap Boikot

Abang Rahimi (senior Tok Mudin di kampus) memberi respon panjang terhadap Boikot Batu Talam. Antara lain berbunyi begini:

the boikot decision is made based on the recent statement by SPR chairman that our election is never been free or just. this action also to show to the world that there are something wrong because our govt use the excuse that opposition participate in the election, means oppositions are satisfied. hopefully the world will dig on malaysia election practices and pressure the govt to correct it.

Ini pandangan saya yang serba kerdil dalam politik. Saya menyokong 100% kalau benar PAS dan PKR benar-benar akan memboikot pilihanraya ini, dan juga pilihanraya-pilihanraya yang akan datang. Malah, itulah yang saya rasakan paling patut selepas proses pilihanraya yang memalukan dalam PRU yang lepas.

Tapi, saya takut ia hanya gimik, sepertimana asumsi (assumption?) ramai pihak. Bagaimana kalau pada hari penamaan nanti, tiba-tiba PAS/BA menghantar calonnya? Tidakkah ia memberi kesan negatif kepada kredibiliti PAS/BA.

Jika alasan boikot sekarang adalah kerana ketidakpercayaan terhadap SPR dan ketelusan proses pilihanraya, jika pada masa akan datang PAS kembali menyertai pilihanraya, adakah bermakna PAS telah mengiktiraf SPR dan proses pilihanraya di Malaysia sebagai telus dan adil? Bagaimana jika PAS kalah. PAS sudah tidak ada alasan lagi terhadap kekalahan itu!

Takut jadi macam seorang lelaki, yang bersaing dengan seorang lelaki lain untuk memikat seorang wanita. Tapi menyembunyikan hasratnya, apabila menyedari dia tidak mampu untuk menyaingi lelaki lain tersebut, yang nyata lebih kaya (walaupun perompak), lebih licik dan lebih pandai menabur janji (walaupun bohong semata-mata). Apabila ditanya orang, dia mengatakan tidak berminat.  Sepatutnya, dia lebih bersungguh-sungguh untuk memikat wanita itu, menzahirkan keikhlasannya,  mendedahkan kejahatan dan pembohongan si lelaki yang seorang lagi itu.

Memang, cakap memang mudah. Tapi itulah yang saya rasakan ketika ini. Wallahua’lam.

Advertisements

6 Respons

  1. Cantik ulasan mu din.
    Patutnya, tak perlu boikot. Masa ni la peluang utk dedah penyelewengan Rashid dan kuncu-kuncunya.

    Gunakan segala cara yang ada, untuk cari apa juga penyelewengan oleh SPR and co. Contoh, adakah orang mati pegi mengundi, dan juga, buleh saja di’follow’ india yg datang mengundi nanti, tengok kat mana rumah mereka.

    Boikot tidak akan memberi apa-apa kesan. Kita bukan Thailand. Orang kita takde telur! (Dulu mereka membenarkan penyelewengan berlaku karena faktor selesa)

  2. tunggu sahaja dahulu hari penamaan calon. kadang2 cuaca lagi senang untuk di ramal berbanding political decision 🙂

  3. Sudah mau sambut 50 tahun merdeka, padang permainan masih belum rata, referee meniup wisel ikut telunjuk towkay, masih mau turun padang? Bodoh! Boikot saja kesemua pilihanraya mulai Batu Talam, dunia globalisasi bakal saksi dan sebagai SPR Dunia mereka bakal meletakkan Malaysia sebaris dengan paria paria demokrasi yang berpakaian cantik tetapi tetap paria. wassalam.

  4. Pakchik, abg rahimi, ya! Kita tunggu dan lihat saja nanti. Hujah saya banyak ‘jika’.

    Pak Rastom, ya! Kalau nak boikot, boikot semua. Jangan sampai menjilat ludah sendiri nanti.

  5. ntah saya kadang2 tak faham prinsip – prinsip org yg mempunyai berkuasa utk menjalankan sesuatu tugas….tapi ..arghh..amat mengelirukan. Bilakah akan menyasar ke arah hala tuju yg nyata tanpa berselindung.

  6. […] PAS membuat keputusan untuk memboikot Batu Talam, aku agak skeptikal. Pada mulanya menganggap ia hanya gimik. Tapi PAS mengotakan apa yang dikata. Batu Talam tetap […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: