Aku mahu terbang!

Siapa tidak mahu? Apatah lagi kalau terbang dengan benda dalam gambar di bawah ini.

Belum cukup dengan kapal layar mewah itu, kini benda ini pula. Ya, teruskanlah jadi PM. Siapa tidak mahu?

Terbang lah wahai Pak Lah, jangan kembali lagi! Usah hiraukan 100, 000 lebih yang kebanjiran. Yang banjirnya masih termenung. Sebagaimana termenungnya mangsa-mangsa bah itu memikirkan masa depan mereka. Masa depan yang mereka pilih dengan mengundi kamu beberapa tahun lalu.

Dan dengan perkembangan ini, adakah kamu rasa mereka akan memperjudikan masa depan mereka di tanganmu lagi? Mungkin tidak!

Terbanglah Pak Lah, terbanglah sepuas-puasnya. Dan kali ini, kamu tidak perlu mengajak kami untuk terbang bersamamu! Kami tak ingin!

Advertisements

4 Respons

  1. sebab tu, jangan nilai kulit… sekarang baru tau buruk isinya.

  2. Adikyah pun tak hingin terbang bersama dia lah tok. Adikyah dah kata dari awal lagi jangan undi dia, jangan undi orang2 dia. Orang lain tak nak dengar. Kononnya dia lain dari yg lain. Tapi benarlah tok kata-kata nih:

    Iman tak dapat diwarisi
    dari seorang ayah yang bertakwa
    Iman tak dapat dijual beli
    Ia tiada di tepian pantai

    Ayah tok imam masjid negeri, belum tentu anaknya akan jadi imam besar masjid negara kan . . .

  3. Pakchik, masalahnya, yang ini, tengok kulit pun dah tahu buruk isinya, tapi pergi undi juga!

    Adikyah, kapal layar dengan kapal terbang boleh diwarisi dari bapa mertua tak?

  4. hehehe.. itu boleh. dgn syarat pandai bodek bapak mertua. baik punya bodek ahaksss… 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: