Retorika Khutbahisme

Uh! Selama 20 minit khutbah, si khatib menyebut segala macam isme, dari sekularisme, pluralisme, zionisme, hedonisme, ateisme, komunisme dan segala macam isme.

Fahamkah jemaahnya?

Mungkin dengan menyebut segala macam yang di atas itu, si khatib nampak cerdik, tapi, sampaikah kecerdikan beliau itu kepada jemaah yang terdiri dari pelbagai latar, ada yang bergelar CEO mungkin, tapi realitinya lebih ramai orang-orang tua kampung, pekerja kilang, pemandu lori.

Tidak bolehkah si khatib merendahkan sedikit gaya bahasanya? Tidak perlu di sebut segala macam isme yang dikatakan mengancam Islam, tanpa memberi kefahaman kepada pendengarnya akan apakah isme itu sebenarnya. Ambil contoh sekularisme, permudahkan ia kepada pendengar. Apa itu sekularisme, bagaimana mahu tahu diri terkena penyakit sekularisme atau tidak? Bagaimana mahu mengubat diri yang telah terkena tempias sekularime itu. Kan lebih berpijak itu!

Tidak perlu panjang lebar bercerita sejarah sekularisme bermula dengan penentangan satu golongan terhadap dominasi gereja Kristian suatu masa dahulu. Kemudian menyebut segala macam isme yang kedengarannya sama sahaja di telinga orang yang mendengar! Khutbah Jumaat bukan kuliah ideologi di universiti! Khatib-khatib, ayuh reformasikan khutbah Jumaat!!!

Advertisements

7 Respons

  1. adik 1st pada pa’chik hehehe.. [bkn apa slalunya mesti si EL dulu yg komen. Baca: dengki hahaha]

    Oo..khutbah hari nih bincang pasal isme ek. Masalahnya tok imam tuh faham betul2 ka pasal tajuk yg dia sampaikan? Sebab teks khutbah tu kan jabatan agama yg sediakan kan [betulkan adik kalo silap]. Sian kan tok imam nih, macam diperguna dan diperkudakan oleh barisan-barisan atasan nih.

    Kudaku lari gagah beraniiiiiiiiii . . . . .

  2. ler.. apasal orang berebut nak komen dulu. tak paham sungguh.
    hahaha…

    tok imam tu yang nak jadik kuda… nanti la, ada satu entri yang tak la cerita orang jadik kuda orang lain, tapi, pengajaran dia jangan jadik kuda. Haha.. kamu deen, jangan dengki ngan aku. dah berserabut entri yang nak ditulis.. tapi, tak jugak tulis hahaha.

  3. teringat imam masjid ibadurrahman, smach. aku rasa khutbah dia jarang pakai teks.

  4. adikyah, tak payah berebut, nak komen berkali-kali pun boleh.
    Dan khutbah tue… dia tak bincang, khutbah mana ada bincang-bincang 😛

    Pakchik, yang jadi kuda satu hal, yang tak jadi kuda pun satu hal.

    kamal, ya, dia jarang pakai teks, dan aku jarang tak tidur masa khutbah kat smach… hahaha!

  5. Kenapa khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama kebanyakannya jenis ‘insult my intelligence’? Contohnya khutbah ‘kewajipan menghadiri walimatul urus’, khutbah ‘hari pahlawan’!

    Khatib-khatib yang lurus bendul yang baca khutbah tue, aku tak tahu nak kata apa la, mungkin diorang tiada pilihan, ya kah? Biasanya khatib-khatib yang macam ni, jenis-jenis yang ‘veteran’.

    Kalau ada khatib yang tak guna teks jabatan agama, banyak yang bagus-bagus. Tapi banyak juga yang tak berpijak, contohnya yang aku cerita kat atas sana tu lah!

  6. baek tok. silap cakap ker huhu..

    nanti minggu depan tok bagitaulah khutbah pasal apa plak. sebab kat opis takdak tv nak tengok siaran langsung khutbah & solat jumaat hehehe

  7. 🙂

    Insya Allah, tengok mood Tok munggu depan macam mana!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: