Sibuk yang amat

Apa lagi alasan yang ada? Sekurang-kurangnya ia bukan alasan bagiku. Kerana aku memang pencinta wanita sangat sibuk. Telefonku tidak henti berdering dari jam 8 pagi semalam.

Semalam, deringan itu mengganggu aku sehingga ke jam 11 malam. Dan setiap kali ia berbunyi, Adam yang hampir terlena akan mengangkat kepala, memandang dengan penuh minat ke arah babanya. Kemudian dia akan merangkak menghampiri aku, menampar-nampar muka dan tanganku, cuba merebut Dopod 818pro aku ini.

Ah! Adam. Dia sudah pandai benar sekarang. Sudah mahu berjalan. Sudah pandai melambai babanya hendak pergi kerja. Sudah pandai bermacam-macam. Oh ya, berapa ramai anak kecil 8 bulan yang dibacakan cerita pengembaraan Laksamana Cheng Ho oleh bapanya sebelum tidur? Ah, mungkin hanya Adam. Hahaha!

Jadi, jangan salahkan aku jika blog ini sedikit usang tanpa dikemaskini. Ah! Takkan dua hari tanpa kemaskini sudah dikatakan usang. Atau kamu sudah ketagihan blog? Hahaha!

Oh! Tidak. Kesenyapan aku tiada kena-mengena dengan senyapnya Pakchik Elmariachi.  Oh, kenapa dia senyap ya? Entahlah. Tuan punya blog itu, tolong jawab!

Entri ini mungkin penutup untuk minggu ini. Esok bermula cuti selama seminggu. Jadi, minggu depan juga mungkin tiada entri.

Selamat bercuti, dan selamat tahun baru cina, kepada yang meraikannya.

Wassalam.

Advertisements

6 Respons

  1. haha.. mana ada senyap.. kan selalu ada tinggal jejak kat blog-blog lain.

    err… nasib baik sampai pukul seblas je din ye.. kalau sampai pukul lima pagi.. susah ooo.. malam jema’at pulak tu.. hahaha…

  2. selamat bercuti

  3. pakchik, ada apa dengan malam jemaat? hahaha!

    King, ya, selamat bercuti. Kalau balik kampung, memandu dengan selamat. 🙂

  4. selamat jugak la ye..

  5. hehe..
    tok, lom balik dari kg lagi ker.. udah, udah le bercuti tuh.

    Jadi, jangan salahkan aku jika blog ini sedikit usang tanpa dikemaskini. Ah! Takkan dua hari tanpa kemaskini sudah dikatakan usang. Atau kamu sudah ketagihan blog? Hahaha!

    xder idea.. copy paste jer la hahahaha…

  6. anakmami, selamat.

    adikyah, mmm…beshnya cuti, hehheh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: