[Buku] 1421

Terima kasih kepada cuti Tahun Baru Cina yang panjang, aku berjaya juga menghabiskan buku 1421: The Year China Discovered America. Ia adalah buku kelima yang berjaya aku habiskan di awal 2007 ini. Aku beri lima bintang!

Buku setebal 649 halaman (termasuk lampiran) ini ditulis oleh Gavin Menzies (British Royal Navy Commanding Officer, retired) hasil daripada 15 tahun penyelidikan. Dalam buku ini, Menzies mendakwa orang-orang China, di zaman permulaan Dinasti Ming telah melakukan pelayaran ke seluruh dunia, merentasi lautan Hindi, Atlantik dan Pasifik. Diketuai oleh Laksamana Zheng He (Cheng Ho), orang-orang China memulakan pelayaran hebat mereka pada tahun 1421 dan berakhir pada lewat 1423. Di dalam pelayaran ini, mereka telah melintasi Tanjung Pengharapan di Afrika Selatan 60 tahun sebelum Bartolomeu Dias, mengharungi ‘Strait of Magellan’ 90 tahun sebelum Ferdinand Magellan, menerokai Australia tiga kurun sebelum Captain Cook, sampai ke Antartika dan Artik empat kurun sebelum orang Eropah yang pertama dan menemui Amerika 70 tahun sebelum Christopher Columbus.

Dakwaan Menzies ini disokong oleh bukti-bukti yang tersangat banyak, terdiri daripada peta-peta kuno, catatan pelayaran orang-orang Eropah, penemuan kapal-kapal lama di Australia, Amerika, binaan-binaan lama di Amerika Selatan, analisa DNA terhadap penduduk-penduduk di kawasan yang di dakwa menjadi tempat persinggahan kapal-kapal China dan banyak lagi.


Bacalah buku ini. Anda mahu bersetuju atau tidak terpulang. Tetapi berdasarkan bukti-bukti yang ditampilkan, adalah sukar bagi aku untuk tidak mempercayai teori ini. Ada juga pendapat yang mengatakan orang-orang Islam adalah yang pertama menemui Amerika, seperti yang secara kebetulan aku baca di blog ini. Aku menunggu ada pengkaji Muslim yang dapat membuktikannya dengan baik dan menulis buku yang lebih baik dari buku 1421 ini. Sehingga itu, aku terpaksa bersetuju dengan Gavin Menzies. Oh ya! Jangan lupa, Laksamana Zheng He dan rakan-rakannya majoriti adalah beragama Islam.

Belajar lagi di: www.1421.tv

Advertisements

6 Respons

  1. bahasa melayu ke omputeh?

  2. king, omputeh da…

  3. Tok,
    Adikyah pernah kata kat member adikyah. Kalau malaysia neh dikuasai oleh bangsa Cina satu hari nanti, adikyah nak bawa diri pergi China jer. Dok kat Guangzhou hik hik …
    Khayalan betoiii!!!! isk..isu tul la. kang kena bt show cost letter lak hehehe

  4. adikyah, teruslah berkhayal 🙂

  5. […] tamadun manusia langsung? Tahukah kamu pelayar-pelayar Cina telah menjelajah kutub utara seawal 600 tahun yang lalu? Dan apa sumbangan mereka? Bukan setakat sampai di sana dan cacak bendera, mereka melukis peta […]

  6. […] Freakonomics, Steven D. Levitt and Stephen J. Dubner 2. Toxic Bachelors, Danielle Steele 3. 1421: The Year China Discovered the World, Gavin Menzies 4. The Innocent Man, John Grisham 5. Jackdaws, Ken Follet 6. To kill a Mockingbird, […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: