Janji

BN janji syiar Islam lebih semarak jika diberi mandat
KOTA BHARU 1 Mac – Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan dasar keislaman yang lebih baik daripada kerajaan Pas Kelantan jika rakyat memberi mandat dalam pilihan raya akan datang.

Tok Mudin: Ya, kamu boleh berjanji. Siapa dapat menghalang, kerana kamu punya lidah. Bercabang atau tidak, siapa peduli? Berjanjilah! Tapi jangan kamu sangka kami bodoh untuk mempercayainya. Bodoh! Ya, berjanjilah. Kerana janji-janji kamu, bagi kami, tiada nilai langsung. Malah, aku terasa bodoh kerana melayan kamu di blog aku ini. Ah! Biarlah kamu dengan kebodohanmu!

[Pilihanraya sudah hampir benar barangkali. Sudahkah kamu mendaftar?]

Advertisements

11 Respons

  1. kamu tulis jenaka apa ni din.. hahaha… ada sangat la tu orang nak percaya.

    err.. ingat lagi dak pengomen di meleysia tudei, otakudang, lama dah tak nampak nama dia. kalau ada nampak, kasi tau ya… terima kasih.

  2. tok mudin..saye dah cek kat spr tp name saye takder dlm daftar pemilih..saye baru register dlm 3 bulan lepas..ke dia lambat update? sbb kat semakan daftar online tu dia tulis “SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEHINGGA SUKU KE-3 TAHUN 2006”.. maknenye suku ke4 takde lagi lah ek? maleh nak call spr..tue yg tanyer sini tue..hehe

  3. poodah!

  4. Secara tak langsung mereka mengaku bahawa syiar Islam bukan agenda utama mereka kecuali di Kelantan. jadi orang Johor, KL, Selangor dll tak nak Islam lah … mcm tu ke ?

  5. kalau mcm ni lah pemimpin umno kelantan bercakap, kesimpulan yg dapat aku buat mudah jer. kalau pas tak layak memerintah kelantan, umno kelantan 100 kali tak layak daripada pas. jadi kalau mengikut teori pilih yang terbaik antara yg ada, agak2 siapa yg akan kita pilih ?

  6. janji dibuat utk dimungkiri ;p

    salam.. tumpang komen 🙂

  7. Pakchik, saje, laye nua muso sekali-sekalo. Kamu rindu kat otakudang ya?

    Imin, Tok tak sure lah! Tok tak kerja ngan spr, hehheh!

    king, ore kelate tok sebut poodah! Ore kelate kato ‘gi mapuh’!

    Kamal, kalau nak buat syiar Islam, jalan dah terbentang luas sekarang. Kerjasama saja dengan keraajan negeri sekarang. Tapi… ah, kita semua tahu!

    achik, oh…begitu ya? betullah Booking Neraka tu!

  8. cheh.. takde, cuma teringat permintaan dia hari tu, adakah sudah dikabulkan.

  9. makbul dah kot pakchik 🙂

  10. oh dunia ini, penuh kepalsuan, oh mungkinkah tiada keikhlasan . . .

    Pilihanraya..
    macamana nak tau bila dia menjelma
    bahang terasa bila diturap jalan raya
    keberangkatan tiba org kaya
    Entah dari mana
    sebelum ni tak pernah nampak rupa
    menabur jasa diberi duit raya
    janji ditabur undilah saya
    kerna saya pembela anda
    mai pakat mengundi saya
    tak kira di mana anda berada
    tua muda termasuk hantu raya!
    Ha ha ha ha ha

  11. adikyah… dunia itu benar, akhirat juga benar!

    kita tuntut janji itu di akhirat kelak!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: