Pak Lah-Tokoh Kecek-Kecek Tok Mudin

Dengan besar hati dan bangganya, aku hari ini menganugerahkan -buat julung-julung kalinya- hadiah Tokoh Kecek-Kecek Tok Mudin kepada Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) atas sumbangan besar beliau kepada blog ini.

Apa tidaknya, selain Adam, beliau adalah topik utama yang menjadi bahan kecek-kecek di blog ini. Peranan beliau amat besar dalam memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dan dikunjungi ramai. Ada sahaja cerita-cerita beliau yang boleh dikecekkan di sini. Antara entri-entri paling banyak mendapat hits di blog ini semuanya berkecek tentang Pak Lah:

Tapi itu bukanlah faktor utama pemilihan Pak Lah menerima anugerah ini. Faktor utama yang sebenarnya ialah kerana Pak Lah memang tokoh kecek besar yang terbesar di abad ini. Dari ‘bekerja bersama saya’, memerangi rasuah, Islam Hadhari dan yang terbaru Misi 2057 yang (kononnya) realistik. Semuanya hanya kecek kosong. Tiada isi

Pak Lah tak habis-habis nak menandingi bekas bosnya itu. Kalau Mahathir setakat mengumumkan Malaysia sebagai negara Islam di pentas tidak rasmi. Pak Lah memazhabkan Malaysia dengan Islam Hadharinya. Mahathir hanya mampu berwawasan sehingga tahun 2020 (yang entah bagaimanalah pencapaiannya), Pak Lah bermisi sehingga 2057. Orang tua yang meraba-raba dalam banyak hal ini boleh melihat sehingga 2057? Atau adakah ini misi orang yang lebih muda itu? Ah, takkan kamu tak tahu!

Apa-apa pun, memang Pak Lah selayaknya adalah pemenang anugerah Tokoh Kecek-Kecek Tok Mudin ini. TAHNIAH!!!

Advertisements

9 Respons

  1. ya ya lah oi, tahi-niah lah oi terer hang. tahi-niha, tahi-niah!

  2. Anugerah Nobel ok gak, lepas tuh leh buat novel “Ups and Downs Insan Bernama Pak Lah”. Kalo kena strategi pemasaran tuh, leh sold out tau hak hak

  3. bagi LAH.

    kau memang amat bodo lah, amat bodo wei…

  4. KB, ya…tahi-ni-ah!

    adikyah, anugerah nobel tadak, anugerah belon ada!

    Pakchik, siapa bodo?

  5. din, kalau nak tau, tanya king macam mana nak baca ayat tu, haha.. aku dah bagi tau dia dulu…
    atau kau cuba baca dengan kadar yang laju sikit.

  6. ya..ya..pakchik, aku rasa aku ‘dapat’… hahaha!

  7. […] Posted March 15, 2007 Berikutan pengumuman Misi 2007 oleh Tokoh Kecek-kecek Tok Mudin beberapa hari lalu, mari kita senaraikan, apa agaknya yang akan berlaku 50 tahun akan […]

  8. ???????????

    apa dia maksud pa’chik tuh? Tak dapat pun 😀

  9. ah, bodo lah, amat bodo wei kau ni deen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: