Misi 2057

Berikutan pengumuman Misi 2007 oleh Tokoh Kecek-kecek Tok Mudin beberapa hari lalu, mari kita senaraikan, apa agaknya yang akan berlaku 50 tahun akan datang:

  • Sekarang ada cadangan untuk mengenakan bayaran untuk pembuangan sampah. Jangan berhenti setakat itu sahaja, lepas ni carilah cara untuk mengukur sebanyak mana oksigen yang disedut oleh isi rumah, atau banyak mana cahaya matahari yang bolos ke rumah-rumah. Dah dapat mekanisme untuk mengukurnya nanti, apa lagi? Kenakanlah bayaran!
  • Samy Vellu kenalah cepat-cepat rekrut perantis yang berkemampuan untuk meneruskan legasi dia. Jangan tinggalkan seinci pun jalan yang tidak bertol. Tak kiralah guna sistem apa pun…gantry tak gantry!
  • Kalau 10 tahun dulu, keputusan SPM 9A1 sudah amat cemerlang. Sekarang tidak cukup lagi. Sekurang-kurangnya 14 1A dan sebaik-baiknya 19 1A. Agak-agaknya cucu cicit aku nanti terpaksalah bertungkus lumus untuk mendapat 50 1A.
  • Malaysia sudah jadi negara yang BEBAS (me)RASUAH. BEBAS (di)RASUAH. BPR sudah tidak diperlukan lagi. Ketua Pengarah BPR lagilah tidak diperlukan!
  • Bukan setakat BEBAS RASUAH. SEKS pun BEBAS. Masa tu, tak akan ada lagi Ketua Pengarah BPR yang kena saman kerana salah laku seks.

Aku dah senaraikan lima di sini. Kau orang tambahlah sendiri. Di bahagian komen, atau jadikan entri di blog kamu. Jangan lupa tinggalkan linknya di sini.

Untuk memastikan anda semua termasuk dalam golongan yang ‘bekerja bersama saya’ dalam menjayakan Misi 2057 di atas, jangan lupa! Mendaftarlah segera, dan undilah BN. BN itu apa? Tanya Pakchik Elmariachi.

Advertisements

7 Respons

  1. Ah, biarlah adikyah meramaikan tulisan di sini:

    1)Yang pasti 50 tahun akan datang si tukang cadang tuh mungkin dah tak ada di dunia yg fana ini.
    2) KL especially akan menjadi hub utk golongan manusia yg think out of the box!!
    3) Bukan setakat seks bebas, malah lebih dari itu pun akan wujud. Jakim pun belum tentu ada lagi. Maka perbuatan berkhalwat pun orang ingat halwa maskat.
    4) Masjid. Eh, boys n girls kala itu akan tanya, “mummy, masjid tuh apa dia?”
    5) Yang pasti kala itu adikyah, tok mudin, pa’chik el dll akan semakin ‘tidak muda’ dan memerlukan pelapis yang boleh meneruskan tradisi amal maaruf, nahi mungkar [ye ker?] 😀

  2. 1.bebas nak beragama. tak kira la kau islam ke apa ke, kawin boelh cmapur campur cam indon tu. kubur pun sebelah islam sebelah budhha sebelah kristian.

    2.mungkin juga tiada sistem kawin pasal banyak kes cerai berai so sistem perkahwinan di mansuhkan. semua bersekedudukan.

    3.mak bapak yang dapat anak perempuan diwajibkan membuat pemotongan err apa nama dia? aku tak ingat la, tapi yang potong potong kat dalam tu la, nak bagi elakkan mengandung anak luar nikah.

    4. semua ini boleh terjadi, itu pun kalau tuhan tak tenggelamkan kita semua.

  3. (termasuk la jabatan agama islam negeri)

  4. wa.. apa tanya aku ni…. haha..

  5. Ini misi aku utk 2057. Semua subjek kat sekolah 50 tahun akan datang mesti diajar dalam Bahasa Inggeris, hatta subjek Bahasa Melayu sekalipun. Ini kerana hanya dgn Bahasa Inggeris saja bangsa kita boleh maju. Contoh paling dekat ialah kejayaan adik Siti Fatimah dari Kelantan mendapat 1A dalam Sains dan Matematik. Walaupun beribu lagi dok terkial-kial tapi kalau Siti Fatimah dapat kenapa org lain tak boleh ? Lagipun 50 tahun lagi bahasa Melayu mungkin sudah tidak wujud ataupun wujud dalam bentuk baru iaitu bahasa SMS.

  6. kamal, bernas sekali, hehe 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: