Kutub

Terpanggil untuk menulis juga tentang kutub ini. Tentang kegilaan orang kita ‘menjelajah’ kutub, tak kiralah untuk terjun atau menanam al-Quran. Kononnya untuk mengharumkan nama negara dan agama. Aku ulang, ini kegilaan namanya. Kerja gila!

Aku tak kisah kalau mereka hendak buat kerja gila itu. Buatlah. Tapi jangan kaitkan ia sebagai untuk kepentingan negara, apatah lagi untuk agama. Dan jangan sekali-kali gunakan harta negara (baca: harta rakyat jelata, harta kami semua) untuk buat kerja gila itu.

Kenapa aku katakan ini kerja gila?

  • Aku tak tahu kerja terjun-menerjun itu bahaya atau tidak. Tapi seingat aku, pernah keluar berita dalam TV3, minggu lepas aku tak silap. Kerja gila itu disifatkan sebagai ‘extreme tapi selamat’. Ok la, aku tak kisah bahaya atau selamat, lantak kau oranglah! Tapi apa makna extreme? Bukankah itu sudah kontradik?Ok la, aku tak kisah. Tapi kalau dah kerja itu kerja selamat, kenapa pula si Naib Ketua Pemuda Parti Penghunus Keris itu mendakwa mereka bergadai nyawa untuk mengharumkan nama negara? Kalau dah selamat, bergadai nyawa apa kejadahnya?
  • Tolonglaa… apalah yang harum sangat dengan terjun di kutub, mahupun di mana-mana sekalipun? Tak adanya orang nak agung-agungkan nama Malaysia kerana pencapaian terjun itu. Tidak menyumbang kepada tamadun manusia langsung? Tahukah kamu pelayar-pelayar Cina telah menjelajah kutub utara seawal 600 tahun yang lalu? Dan apa sumbangan mereka? Bukan setakat sampai di sana dan cacak bendera, mereka melukis peta dunia, yang kita gunakan hari ini! Mereka mencari cara untuk menentukan latitud dan longitud tempat-tempat di seluruh dunia. Itulah yang dikatakan sumbangan!
  • Ini satu lagi, tentang nak tanam al-Quran di kutub utara ni. Bid’ah apa ni? (Aku sebut bid’ah ni, jangan tuduh aku Wahabi pula). Kononnya untuk membuktikan orang Islam pernah sampai ke situ dan mampu melakukan ekspedisi sebegitu. Come on laa… pelayar-pelayar Cina yang sampai ke sana 600 tahun dahulu, di ketuai oleh laksamana-laksamana yang beragama Islam. Dan mereka tak buat kerja bid’ah sebegitu. Belajarlah dari mereka, bagaimana ingin menyumbang kepada tamadun manusia. Jangan buat kerja membazir dan gila ini!

Aku ulang kembali komen aku di blog KB.

Nak bawa Islam ke sana, atau ke mana-mana, kena bawa dalam diri.Kalau dalam diri pun tiada Islam. Tak ke mana-manalah Islam itu. Hatta kau bawa Kaabah ke sana sekalipun!

Advertisements

10 Respons

  1. heh heh heh…

  2. mari kita gigit dia ramai ramai!

  3. herm… sungguh bid’ah mereka itu 😉

  4. aku menyokong sepenuhnya penetangan ke atas idea banggang nie..huh..akhir zaman

  5. siap ada countdown lagi kat tb! aku tak puas hati sungguh!

  6. Pakchik, heh heh heh!

    KB, tergamak ke kau nak gigit depa tu?

    Cik Kema, ya bid’ah la tu.

    Kemat, sokong!

    Izinni, tu la pasal… menyampah aku tengok TV3.

  7. Hehehe…

    Tu la pasal – bukan main semangat lagi TV3 buat coverage.

    Naik geli aku tengok Pak Aziz n anak-anak Pemuda UMNO stretching kat Kutub!

  8. Sokong, sokong. Memang keje takde faedah. Aku pon ada tulis. Sila la baca kalau free http://motstudio.lifelogger.com

  9. Azmi, terima kasih, aku dah berkunjung ke sana, tapi tak boleh tinggal komen, kena register dengan lifelogger dulu. Malaslah!

    Bukankan malas satu lagi sifat kita? Selain ‘boleh’? Heh!

  10. […] pasti, kata dia. Makkah itu bukannya tempat terjun menerjun. Apatah lagi kalau pekerjaan menerjun itu tak ada pekdahnya. Menghabiskan beras saja kata dia. Oh, […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: