Smach Dalam Kenangan 2: Orientasi

Seperti yang dijanjikan. Inilah cerita di sebalik gambar Yang Mana Satu dalam entri yang lepas. Dah dapat teka yang mana satu Tok Mudin. Yang paling kecil, yang paling cute, yang paling tegak berdirinya, itulah Tok Mudin. Berdisiplin. Hahaha!

Tak percaya? Lantak kaulah!

Gambar itu diambil pada Januari 1994. 13 tahun yang lalu. Ketika umurku belum pun mencapai 13 tahun.

Arakian, tersebutlah kisah, dapatlah kiranya aku diterima masuk ke sebuah SBP yang bernama Sekolah Menengah Sains Machang, atau lebih dikenali sebagai Sain Mache atau Sain Labok dan juga Smach. Ini barangkali berikutan dengan kejayaan mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR yang aku ambil pada tahun sebelumnya.

Biasalah. Dimana-mana pun pastinya ada orientasi untuk pelajar baru.  Dan barangkali sudah jadi tradisi di Smach ini untuk mengenakan pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru ini sebegini. Bagaimana? Direkanya cerita, bahawa kami semua pelajar baru ini masih bukan pelajar Smach. Selagi belum selesai orientasi, kami hanya layak digelar ‘freshie‘ dan kemasukan kami ke Smach belum pasti. Sepanjang seminggu orientasi, kami semua akan dinilai dan diperiksa, dan mereka yang gagal akan dihantar pulang. Tak layak belajar di Smach!

Sepanjang minggu orientasi itu, benda itulah yang dicanang-canang oleh senior-senior kami ke dalam kepala otak kami. Berbagai-bagai benda disuruhnya kami buat, dan untuk mengelakkan dihantar balik, kami tiada pilihan. Buat sajalah.

Aku? Aku seorang yang berkeyakinan tinggi sejak kecil lagi. Tidak aku pedulikan segala ancaman, ugutan, cerita-cerita ‘menakutkan’ dari senior-senior itu. Aku sengih saja. Ah.. aku kan cute? Hahaha! Tak pernah terfikir sekalipun di dalam benak aku bahawa aku akan termasuk dalam golongan yang akan terhantar pulang. Percaya, memang aku percaya cerita itu, cuma aku ini yang jenisnya yakin, buat tak tahu saja.

Tiba harinya, maka berhimpunlah kami semua di perkarangan asrama. Bas yang akan menghantar kami ‘pulang’ telah pun memanaskan enjinnya. Dan diumumkanlah nama-nama ‘freshie‘ yang ‘gagal’, dan akan dihantar pulang. Tahu nama siapa yang keluar dulu? Tahu nama siapa pertama sekali keluar? Ya, kamu betul! Nama aku!

Dan itulah. Yang di dalam gambar itu. Kami diantara yang akan dihantar pulang sedang beratur, dipanggil nama seorang demi seorang. Cuba tengok gambar itu betul-betul. Bengkak tak mata aku? Ya, aku sedang menangis. Semahu-mahunya! Sepanjang minggu itu, aku tidak pernah menangis. Berpisah dengan keluarga untuk ke asrama buat kali pertama, aku tidak menangis. Tapi pagi itu, aku menangis semahu-mahunya.

Untuk menjadikannya lebih emosi dan dramatis lagi, kakakku, Noor, yang kebetulan adalah juga pelajar Smach di tingkatan tiga pada waktu itu, datang bertemu aku. Pesannya, ‘Kirim salam kat ma dengan abah, belajar baik-baik di kampung’. Begitulah lebih kurang seingat aku. Apa lagi? Lagi kuatlah tangisan aku! Kureeengggg punya kakak, hahaha! (Mc Noor jangan marah ya!).

Itulah cerita di sebalik gambar itu. 🙂

Smachian 94-98. Apa yang paling kamu ingat tentang orientasi kita? Kongsilah di sini. Antara benda lain yang aku ingat masa orientasi itu, adalah aku buat persembahan miming lagu Taman Rashidah Utama (Wings). Dan kemudiannya selamba naik terima hadiah dari Che Pa (gelaran untuk Pengetua kami) dengan memakai spek mata hitam yang besar gedabak. Tak match langsung dengan aku yang cute. Hahaha!

Advertisements

11 Respons

  1. so? betul ke kau kena hantar balik? cerita tak habis!

  2. berape sain senior yg ko dapat mudin?

  3. uiks, apasal biru ni ? dah tukar mazhab ke ?

    Aku dah cakap kat Ise yg ni semua adalah satu konspirasi tapi Ise tak nak caya cakap aku ….

    Che Pa adalah kependekan utk Chief Principal, betul tak ? Aku mengambil masa yg agak lama utk tahu psl ni.

  4. aloh la, benda macam tu pun korang percaya ke? haha…

    tapi, aku rasa aku kenal geng yang kenakan kau ni din.. haha…

  5. king, mereka tu kena tipu ngan senior saja. eleh.. dah tengkatan satu pun melalak lagi, tak malu sungguh tok mudin ni… hahahha…

  6. KB, erk…tak habis ker? Kan aku dah kata ‘kononnya’. Kami tak dihantar balik. Walaupun kami semua tetap diangkut naik bas. Dibawanya kami semua ‘outing’ ke bandar Machang. Sememangnya hari Sabtu adalah hari outing untuk kami.

    tenuk (mad shah?), entahla… tak ingat aku.

    Kamal, apsal tak bagitau kat aku? Tak kenal lagi kot… haha! Betul ke Che Pa=Chief Principal? Tak tahu pun…

    Pakchik, ye ker… siapa yang kamu kenal? Ah… malu apa, aku kan cute? Hahaha!

  7. […] aku mulakan episod ketiga Smach Dalam Kenangan ini, elok kiranya aku menghabiskan cerita dalam entri sebelum ini, yang dikatakan tidak habis oleh KB. Sememangnya kami semua tidak dihantar balik, tetapi diangkut […]

  8. Ermmmm…Pakcik pun siap sembahyang hajat lagi malam sebelum nak kena hantar kelik kampong tu..Hohohoho…

  9. Pakcik Ashady, ya ker? Habis tu… kena hantar kelik ko dok? Syimi tahu ko dok benda tu tipu?

  10. Pokcik terlepasss time tu..Shimy selamber rock jer sepanjang minggu orientasi tu.. Pengawas suruh buat gotuh gonih dia buat dhekkkk jer..sebab dia dah tau..kuikui..

  11. Pokcik… ces, shimy tok ghoyak!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: