Smach Dalam Kenangan 3: Tun Ya

[Sebelum aku mulakan episod ketiga Smach Dalam Kenangan ini, elok kiranya aku menghabiskan cerita dalam entri sebelum ini, yang dikatakan tidak habis oleh KB. Sememangnya kami semua tidak dihantar balik, tetapi diangkut oleh bas sekolah kami ‘outing’ ke bandar Machang. Hari itu hari Sabtu, hari outing untuk kami semua.]

Melangkahkan kaki buat kali pertama ke asrama, orang pertama yang aku kenal (seingat aku) ialah arwah Tun Zakaria bin Tun Abu Bakar. Arwah yang lebih dikenali dengan panggilan Tun Ya atau Pok Ya ini pelucu orangnya. Jika diminta menggambarkan perwatakan arwah hanya dengan satu perkataan, aku memilih ‘kelakar’. Aku ditempatkan di Blok A, Dorm 13. Nombor katil aku A-13-13. Katil atas. Di bawah aku, Meri (Zamri). Tun Ya yang sekatil dengan Mije (Hasmizan) bersebelahan dengan katil aku.

Apa yang membuatkan aku ingat sangat tentang arwah Pok Ya ini pada hari pertama itu ialah penampilan keluarganya, terutama bapanya. Bapanya menghantar arwah dengan bertarbus tinggi berwarna merah. Memang pelik. Kebetulan aku, Pok Ya, Mije dan Meri kemudiannya ditakdirkan untuk berada dalam kelas yang sama. Tingkatan 1/5. Dan aku duduk bersebelahan dengannya (kalau tak silap ingatan aku). Cerita tentang kelas 1/5 ini akan aku himpunkan dalam entrinya yang khusus. Kerana ia mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Untuk mengatakan aku sangat rapat dengan arwah Tun Ya, tidaklah rapat sangat. Cuma bila terkenangkan Sains Mache, tidak dapat tidak aku akan terkenangkan Pok Ya. Tinggal satu dorm dengannya selama 4 atau 5 tahun (aku kurang ingat). Dan sekelas dengannya dari tingkatan 1 hingga 3, memori terhadap Tun Ya akan sukar terpadam.

Beliau senang didampingi oleh semua orang. Sentiasa tersenyum. Banyak loyar buruknya. Gelagatnya dengan Mije akan sentiasa menggamatkan suasana di kelas, di asrama mahupun di mana saja dia berada. Disebalik ke’nakal’an itu, beliau sebenarnya seorang yang sangat ber’jurus‘, kata orang Kelantan. Tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

Takdir Yang Maha Esa. Tuhan lebih sayangkan beliau. Tun Ya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada awal tahun 2000 (kalau tak silap aku, masa cuti Tahun Baru Cina). Pada waktu itu aku berada dalam semester ke-3 Matrikulasi KPM di KYPM Bangi. Tun Ya adalah pelajar UTM Skudai pada masa itu. Aku tidak ingat bagaimana kami (ada 9 pelajar Smach di KYPM Bangi) dapat tahu tentang pemergian beliau. Tapi yang pasti, berita pelajar mati lemas di Kemaman dengan nama Tuan Zakaria Tuan Abu Bakar terpapar di dada akhbar. Kami agak kurang percaya dan was-was pada mulanya, lalu menghubungi keluarga beliau, yang kemudiannya mengesahkan berita itu.

Itulah kali pertama aku kehilangan seorang sahabat buat selama-lamanya. Doakan kesejahteraan untuk arwah Tun Ya. Semoga beliau ditempatkan di sebaik-baik tempat kembali. Al-fatihah!

Advertisements

8 Respons

  1. al fatihah

  2. AL-FATIHAH!

    Saya kehilangan 2 orang sahabat. Seorang akibat asthma. Meninggalkan seorang cahayamata. Sahabat yang seorang lagi akibat serangan jantung .. dia memang lemah jantung dari kecil. 2 cahayamata kehilangan seorang ibu yang baik.

    Al-fatihah untuk mereka juga….. Amin.

  3. al fatihah…

    hoh.. auting gi machang, hahaa.. apa la yang ada kat machang masa tu.. taun ’94… tengok sekolah hamzah buleh la…

  4. al-fatihah semoga roh nya d tempat org2 beriman..hencem r tok mudim…hehe cute cam brahim pendek….ha5x

  5. king, anon, terima kasih.

    Pakchik, haha… tu la pasal. Nasib baik ‘awek’ sekolah hamzah pun ada. Hahaha!

    Naruto (syawal ke?), terima kasih. brahim pendek erk? :>

  6. Yup, arwah memang kelakar. Dan dia adalah satu-satunya budak smach yang aku ajak balik rumah aku, masa krisis air. Aku ingat lagi dia takut nak mandi air perigi kat rumah aku, sejuk katanya.

    Dan satu lagi peristiwa yg aku masih ingat ialah dia kena tampar dgn che jusoh masa prep malam. ntah gile apa che jusoh malam tu. aku rasa dia baru lepas buat lawak ngan mije tapi seperti biasa, mije selamat.

  7. Kamal, kenapa mije selamat ya? Hehheh!

  8. bukan syawal r…yup cz hang pendek sebijik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: